Inspirasi Pilihan

Dari tinta Dr. Hairin Anisa

Written by Kelab Susu Ibu

 

Assalam & good morning semua.
Hari ni saya nak cerita tentang kebaikan penyusuan ibu yang jarang sekali masyarakat tahu.

Last week saya buat assessment kepada medical student untuk neonatal examination. Kebetulan baby yang saya suruh student saya check tu sangat floppy.

No respond. Saya dapati ibunya ada GDM (gestational diabetes mellitus – Diabetes mellitus yang berlaku semasa mengandung), dan ini adalah anaknya yang ke 7.

 

 

Apabila saya tanya, sudah disusukan ke belum, seperti yang biasa saya dengar jawapannya ialah belum ada susu keluar. Agak mengecewakan kerana ibu ini sudah ada 6 orang anak sebelum ni masih belum tahu susunya telah dihasilkan sejak 16 minggu kehamilan lagi & susu colostrum adalah yang terbaik.

Actually, baby ni baru 1 jam dihantar semula kepada ibu sebab sejurus lepas lahir, baby separated from mother for glucose monitoring in neonatal ward. Bila lihat keadaan baby macam tu, saya minta pertolongan nurse yang ada di situ untuk check blood glucose level (BG) baby.

And as expected baby punya BG cuma 1.6 mmol/L. Then, immediately saya minta nurse untnk panggil doctor / ward sister.

Alhamdulillah, walaupun saya cuma datang untuk teaching, bukan berkhidmat di situ, nurse & sister sangat baik, mereka dengar juga cadangan saya. Kebetulan no doctors around, so ward sister tu terus memaksa bayi itu menyusu ibu & ibunya yang pada awalnya kata tak ada susu ikut saja arahan.

Sister telah menemankan ibunya menyusukan bayi & saya pun suruh ibu perah breastnya sambil menyusukan untuk bantu keluarkan kolostrum for baby to suck. Saya perah breastnya, memang ada kolostrum pekat.

Alhamdulillah after 1 hour, feeding yang lama, BG baby increase to 2.5.

Next day, saya datang lagi ward tersebut & lihat bayi sudah aktif semula, beri respond & menangis dengan kuat. Ibunya kata, malam semalam baby asyik menyusu saja. NO TOP UP with FM.

Inilah keajaiban penyusuan ibu yang saya beritahu kepada semua students saya bahawa penyusuan susu ibu akan calm down baby & kurangkan metabolisme (energy / glucose utilisation), dan ini akan mengurangkan risiko kurang gula dalam darah bayi.

Susu ibu juga senang hadam / cerna maka lebih cepat baby dapat sumber glucose berbanding susu FM yang lambat pencernaannya.

So, kepada semua medical professional, health staff, please believe in your heart that there is no better milk than breast milk. Jangan simply nak top up dengan FM.

Kalau ada IV line, terus masukkan IV dextrose kepada baby while mother need to continue on breastfeeding. FM bukan penyelesaian kepada masalah kekurangan gula.

Nota :

Ibu yang ada GDM used to supply high blood glucose kepada fetus & insulin dirembeskan oleh bayi menjadi sangat tinggi. After delivered, baby punya insulin masih tinggi tapi bekalan gula daripada ibu terhenti sebab tiada lagi connection dengan darah ibu. So, insulin yang tinggi ini akan bertindak kepada sisa baki gula yang ada dalam darah bayi, akhirnya level gula menjadi rendah. As long as BG above 2.6 mmol/L, risiko rendah untuk kecacatan otak yang kekal. Kurang gula dalam darah bayi amat bahaya kepada otak bayi & boleh menyebabkan kecacatan.

Saya bersyukur kepada Allah s.w.t kerana mendorongkan hati saya untuk ambil baby tersebut untuk di periksa oleh student saya. Allah s.w.t Maha Mengetahui.

Sekian.Wassalam.

3 Comments

  • Assalammualaikum. Boleh Saya dapatkan no telefon untuk saya minta khidmat kaunseling untuk ibu menyusu.

    • Wa alaikumussalam Tuan Shahrulnizam.

      Boleh hubungi Lactation Counselor kami Puan Zulhaya 013-765 2551

  • whoah this blog is excellent i really like reading your articles.
    Stay up the good work! You recognize, lots of people are hunting around for this
    information, you could help them greatly.

Leave a Comment