Ibu Musykil Inspirasi Pilihan Tips & Info

Inspirasi Ibu : Mengendalikan EBM sewaktu Haji

Written by kspsijb

Saya sangat berbesar hati dengan panggilan haji untuk bakal dhuyufur Rahman, semoga Allah memberkati kalian.

Saya mendapat panggilan haji pada tahun 2012 sewaktu masih mempunyai anak kecil yang berumur sekitar 10 bulan yang masih menyusu. Breastfeeding is my passionate. Hati berbelah bahagi mahu meninggalkan anak yg masih kecil. Tetapi peluang menjadi tetamu Allah itu lebih utama dari segala2nya.

Sebelumnya, saya mencari info di internet dan banyak bertanya pada staf tabung haji berhubung pengendalian ubat-ubatan atau barang2 yang memerlukan suhu yang sejuk. Kebimbangan saya adalah lebih kepada proses membawa pulang EBM bermula dari madinah ke madinatul hujjaj di jeddah (tempat transit) sebelum berangkat ke kuala lumpur dan adakah pihak authority airport membenarkan EBM bersama saya.

Sebelum berangkat, tong coleman dan ice packs diletakkan di bagasi khas tidak bercampur dengan yang lain.

Saya dan suami membuat haji ifrad dan kami tiba kira-kira seminggu sebelum hari wukuf. Proses pengumpulan EBM dilakukan seperti di tanah air dan diletakkan di dalam peti ais pantry (kebetulan bahagian freezer langsung tidak digunakan).

Walaubagaimanapun, EBM terpaksa dibuang sewaktu hari tarwiyyah, wukuf, muzdalifah dan mina. I have no idea where to keep them. Alhamdulillah proses haji berjalan dengan lancar.

Sewaktu travelling dari makkah ke madinah, tong coleman ini tetap bersama saya (tidak bersama barang2 lain yang diangkut lebih awal).

Di madinah, saya membuat surat untuk ditandatangan doktor petugas tabung haji menyatakan jemaah membawa pulang EBM untuk ditunjukkan kepada pihak authority airport.

Kami transit di madinatul hujjaj kira2 sehari sebelum penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Disana saya menumpang EBM di klinik tabung haji.

Untuk pulang, EBM diletakkan berselang dengan icepack dan ditaburkan garam untuk preserve the temperature.

Sewaktu check in, surat ditunjuk kepada staf airport dan mereka membenarkan EBM bersama saya masuk ke kabin. Alhamdulillah.

Di dalam pesawat tong coleman diletakkan di dalam di chiller sepanjang perjalanan 8 jam itu.

Proses perjalanan domestik juga berjalan dengan lancar dan setibanya di Terengganu EBM masih dalam keadaan balik dan kira-kira 20% cair.

Kadang-kadang, tak terbayang saya sanggup melakukan hal ini, saya hampir berputus asa untuk pos balik tong coleman.

Terima kasih kepada semua pihak yang membantu, suami, staf tabung haji, pihak rayhar, staf MAS dan lain-lain.

Apa yang saya belajar dari itu, berusaha sehabis mungkin dan berdoa semoga Allah mempermudahkan semua urusan di sana. Insha Allah, semuanya akan baik-baik belaka.

SENARAI YANG PERLU DISEDIAKAN & DIBAWA :

  • Storage pack
  • Ice pack (perlu dipastikan banyak)
  • Tong coleman
  • Pam susu
  • Beg luggage khas untuk isi tong coleman
  • Garam (boleh cari dekat Bin Dawood je)
  • Surat untuk sign doctor

Perkongsian pengalaman ini ditulis oleh penulis asal Puan Hajjah Dr Nur Suriati diulangsiar dengan keizinan. Beliau merupakan seorang doktor yang sedang menyambung kepakaran bahagian perubatan keluarga di UIA Kuantan. Terima kasih di atas perkongsian pengalaman ini.

Jika anda mempunyai pengalaman mengerjakan haji yang lain dan berbeza, boleh emelkan kepada kami di kelabsusuibujohor@gmail.com

Kami mendoakan semua ibu yang bakal mengerjakan haji beroleh ketenangan dan kemudahan sepanjang berada di sana dan memperoleh haji yang mabrur. Insha Allah.

Leave a Comment