KSPSI(JB)

SELAMAT DATANG!

Written by kspsijb

Selamat datang ke laman web rasmi Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru (KSPSIJB).

Kelab ini adalah sebagai sokongan kepada penyusuan susu ibu dengan tujuan:

  1. Memberi kesedaran kepada kaum ibu bapa mengenai kepentingan penyusuan susu ibu.
  2. Mempromosi dan menyokong penyusuan susu ibu.
  3. Menggalakkan perasaan muhibbah dan persefahaman di kalangan masyarakat.
  4. Memberi maklumat yang tepat dan penerangan yang berlandaskan fakta dan kajian mengenai penyusuan susu ibu.
  5. Menggalak dan membentuk jaringan kegiatan sosial di samping mengeratkan perhubungan di kalangan ahli dan dengan pertubuhan-pertubuhan yang berdaftar.

Terima kasih kerana sudi bergabung tenaga, idea dan buah fikiran di ruangan ini. Semua tulisan dan panduan di sini adalah terdiri daripada IBCLC, LC & PC yang bertauliah. Jika ada daripada orang awam, pihak editor telah pun menyemak semula akan kesahihannya.

Silakan berkongsi jika bermanfaat buat orang ramai. Mohon sertakan sekali tag semula ke link laman ini / facebook page kelab ini.

Tiada kegagalan dalam penyusuan, yang ada hanyalah secebis pengalaman. Bangkitlah bersama-sama kami.

Salam hormat dari kami barisan webmasters,

Nurkhadijah Ab. Gani (PC)
Hernee Shamsudin (PC)
Nurul Asyikin Ngadiso (PC)
Zulhaya Marzuki (LC)
Nadia Masrom (PC)
Jenidawaty Jamlus (PC)
Nor Azleen Abd Rahim (PC)

Leave a Comment