BCNP JOHOR
Breastfeeding Counselor Networking Programme (BCNP) berpusat di Pusat Rawatan Pakar Kanak-kanak Adda, Johor Bahru merupakan sebuah program jaringan kaunselor penyusuan susu ibu bagi seluruh Johor. Segala proses pengurusan kes dan permintaan lawatan ke rumah oleh kaunselor yang berdekatan dengan secepat mungkin boleh dibuat melalui online di http://permatasusuan.com/
Emel : bcnpjohor@gmail.com
OBJEKTIF BCNP
1. Memastikan pesakit (ibu & bayi) yang dirujuk dari seluruh Johor mendapat bantuan segera daripada kaunselor terlatih.
2. Meningkatkan peratusan penyusuan ibu sepenuhnya di negeri Johor.
3. Menaiktaraf khidmat kaunselor (Lactation Counselor & Peer Counselor) sebagai petugas khas.
4. Memastikan kewujudan perkhidmatan kaunselor penyusuan ibu diketahui oleh seluruh masyarakat Johor dan mereka boleh mendapatkan perkhidmatan segera serta mendapatkan informasi yang tepat dan betul tentang cara menyelesaikan masalah penyusuan susu ibu.
5. Memastikan kaunselor mendapat penghargaan dengan bayaran yang setimpal dengan memberikan skim pendapatan bulanan hasil daripada perkhidmatan kaunseling.
MASALAH YANG BERLAKU DALAM MASYARAKAT YANG MENYEBABKAN PROGRAM BCNP DIBENTUK DI BAWAH SATU BUMBUNG
1. Selalunya ibubapa yang kurang pengetahuan akan terpengaruh dengan pelbagai mitos dalam masyarakat & nasihat daripada kakitangan kesihatan yang kurang menyokong penyusuan susu ibu hingga akhirnya si ibu kurang berjaya menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu.
Selain itu, acapkali juga kes yang berlaku di mana informasi tentang penyelesaian masalah penyusuan susu ibu di dapati daripada sumber yang tidak sahih atau hanya berdasarkan pengalaman individu daripada kumpulan ibu-ibu di media sosial sahaja. Kegagalan ini selalu berlaku pada peringkat permulaan postnatal jika tiada bantuan & sokongan segera daripada kaunselor laktasi.
2. Walaupun pihak kementerian Kesihatan Malaysia & sebahagian kecil hospital swasta mempunyai ramai kaunselor bertauliah, malah bilangan rakan pembimbing ibu menyusu juga semakin bertambah namun, masih ramai ibu tidak mendapat bantuan segera semasa berpantang di rumah.
Tidak ramai kaunselor atau rakan pembimbing ibu menyusu (Peer Counselor) yang sanggup membuat lawatan ke rumah untuk memberi bantuan atas pelbagai alasan seperti kekangan masa & kewangan (kos perjalanan & waktu bersama keluarga ysng terpaksa dikorbankan).
3. Kurang motivasi di kalangan kaunselor untuk memberi bantuan secara praktikal & memilih untuk memberi bantuan melalui talian telefon atau media sosial selalunya tidak membuahkan kejayaan kepada ibu & bayi dalam penyusuan ibu.
Selalunya, untuk menyelesaikan masalah penyusuan ibu memerlukan pertemuan fizikal antara kaunselor, ibu & bayi yang bermasalah dan ahli keluarga terdekat juga.
Kaunselor perlu memeriksa teknik pegangan, pelekapan, keadaan payudara ibu dan keadaaan bayi serta suasana sokongan dalam rumah. Tanpa melakukan pemeriksaan fizikal tersebut & kaunseling hanya melalui talian telefon sebenarnya amat sukar untuk kaunselor mengenalpasti punca utama masalah yang dihadapi.
Justeru, lawatan ke rumah oleh kaunselor amat diperlukan untuk memberikan penyelesaian yang lebih komprehensif.
Namun begitu, apabila lawatan ke rumah dilakukan, bayaran yang diberikan kepada kaunselor tidak seragam dan kadangkala dipandang serong oleh masyarakat seolah-olah kaunselor mencari rezeki / berniaga perkhidmatan lawatan ke rumah dan bukan ingin membantu ibu secara ikhlas.
Stigma negatif yang wujud ini juga mengurangkan motivasi kaunselor untuk membuat lawatan ke rumah bagi membantu ibu yang mempunyai masalah dalam penyusuan.
Para kaunselor berasa ragu-ragu untuk meminta bayaran yang setimpal kerana mereka memang ikhlas untuk membantu malah, mereka bukan profesional.
Mengenangkan kos sara hidup yang semakin tinggi, lawatan ke rumah secara percuma pasti akan menggugat keinginan & mengurangkan semangat kaunselor untuk melakukan lawatan ke rumah untuk membantu ibu & bayi yang bermsalah yang mengakibatkab ramai ibu gagal menjayakan penyusuan ibu sepenuhnya.
Malahan, ada ibu yang berasa diri mereka gagal menjalankan tanggungjawab menyusukan bayi mereka hingga mengalami kemurungan, bunuh diri dan sebagainya.
PENGENDALIAN PROTOKOL & PROSEDUR
1. Kes ibu & bayi yang bermasalah penyusuan dikenalpasti samada oleh :
+ Kaunselor (BfPC / BfLC)
+ Ibu itu sendiri
+ Suami / sahabat / saudara terdekat
+ Kakitangan kesihatan (swasta / KKM)
2. Rujukan kes dibuat oleh mereka yang di atas melalui :
Pusat Rawatan Pakar Kanak-kanak Adda di talian 013-354 5398.
3. Kaunselor yang telah dirujuk memasukkan nama ke dalam website BCNP di http//www.permatasusuan.com
4. Pendaftaran nama ibu & bayi di website BCNP (oleh sesiapa yang bukan kaunselor yang mengenalpasti kes).
5. Admin BCNP akan memberitahu kaunselor yang berada di bawah BCNP tentang kes yang dirujuk melalui Whats App “ALERT THE COUNSELORS”.
6. Admin BCNP menetapkan kaunselor yang akan membuat lawatan ke rumah selepas rundingan dibuat.
7. Menghubungi ibu yang bermasalah untuk pengesahan lawatan ke rumah (home-visit) dilakukan oleh kaunselor yang dilantik untuk sesi kaunseling (tarikh & masa telah ditetapkan).
8. Kes akan dihubungi semula dalam masa seminggu oleh tim BCNP bagi memastikan keadaan ibu & bayi.