Demi menyantuni para pelatih Baitus Solehah dan Ummi Liza, kami dari Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu JB datang menziarah untuk memberi bantuan sewajarnya dalam memberi khidmat nasihat penyusuan untuk bayi sumbing ini.
Allahuakhbar, comel sekali anak ini. Baik sangat walaupun baru berusia 20hari. Menyelami segala permasalahan dari ummi dan juga ibunya agar dapat membantu memberi kan solusi.
Bayi ini, menyusu susu ibu sepenuhnya. Allhamdulilah, kerana usaha itu bukan mudah dalam keadaan begini.
Sebaik di lahirkan anak di pisahkan dengan ibu nya, dan bayi diberi susu menggunakan cup, 60ml sekali penyusuan ketika di nursery, selama 2 hari.
Setelah pulang ke BS Ibu bayi mengepam susu ibu sepenuh masa kerana anak sukar direct latch. Sebenarnya kalau cleft palate ini ada teknik tertentu yg membolehkan bayi ini menyusu secara terus.
Masalah mula timbul bila ibu sudah mula keletihan dengan rutin mengepam setiap 2 jam serta menjadi lebih letih bila bayi demand lebih dari 60ml skli penyusuan. Ibu pernah menyusukan anaknya secara terus tetapi telah mengakibatkan bibir yg sumbing itu membengkak spt melecet. Ibu juga telah memberi lebih dari 60ml kerana merasakan tidak cukup amount 60ml itu. Pernah juga sampai 120ml diberinya.
Si ibu slow learner, jadi agak sukar memberi terlalu banyak info. Bayi ini dirujuk ke Klinik Adda. Untuk membantu mengajar cara menyusukan bayi cleft. Bayi ini menghidapi cleft partial palate( sumbing tidak sampai lelangit). Hasil dari checkup Dr Anisa, bayi bukan hanya cleft tetapi juga tongue tie(sila baca post terdahulu tentang tongue tie).
Tongue tie ini lah menyebabkan bibir bengkak bila direct latch. Maka sebelum boleh membantu ibu ini menyusukan secara direct latch, satu procedure “frenotomy”(releasing tight frenum) perlu dibuat.
Allhamdulilah, sebentar sahaja procedure nya telah selesai.
Seterusnya membantu ibu tadi menyusukannya secara terus. Patch derm (duo derm) diperlukan utk menutup cleft baby supaya mengurangkan ruang yg terbuka itu.
Letakkan bayi pada posisi yg betul (football hold) dan perlu kepitkan kaki bayi rapat ke badan dgn lengan. Tangan sebelah lagi perlu membantu compress breast ketika hisapan. Sebab bayi cleft hisapan jadi tidak berapa kuat. Compress breast mengikut rentak hisapan bayi. Serta boleh tolakkan bahagian atas aerola utk menutupi cleft tersebut.
Agak mencabar juga kerana ibunya slow learner. Perlu ulang banyak kali.
Ibu di jemput warisnya sehari selepas lawatan ini dibuat. Pembedahan utk cleft pula akan diuruskan waris di hospital berdekatan dengan kediaman waris.
Doakan ibu ini berjaya menyusukan anak ini dengan baik?
Moga warisnya tabah dan sabar.
Terima kasih kepada Dr Hairin Anisa kerana sentiasa terbuka memberi khidmat secara percuma kepada pelatih BS.
Coretan Kasih,
Zulhaya Marzuki
Tim CSR KSPSIJB