Pada 19 Mac 2017, wakil-wakil dari Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor (KSPSIJB) telah berkesempatan untuk menyertai program Rapat Sukarelawan (RaSuk) Johor 2017. Program ini telah di adakan di Hotel Holiday Villa, Johor Bahru. Sebanyak hampir 30 pertubuhan/NGO sekitar negeri Johor telah sama-sama berhimpun di bawah satu bumbung di dalam program tersebut.
Sesi pendaftaran bermula jam 8 pagi hingga 9 pagi.
Booth Belia Johor
Program ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor.
Ucapan perasmian oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor.
Beberapa orang penceramah hebat telah dijemput untuk menyampaikan aspirasi mereka kepada semua peserta. Antaranya ialah :
Saudara Kuan Chee Heng (Mr Kentang) – Presiden Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia dan Pengasas Projek 10 Sen
Saudara Asyraff Rahman – Pengasas Humanity Heroes dan Pengurus Program Asia Tenggara, Al-Khair Foundation
Saudari Nor Zakiah binti Senin – Pengurus Bahagian Latihan dan Sukarelawan, Yayasan Salam Malaysia
YB Puan Hajah Asiah binti Hj Md. Ariff – Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Negeri Johor dan Dr. Rozailin binti Haji Abdul Rahman – Pensyarah, Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
Saudara Ganesh Muren – Pengasas Saora Industries
Y.M Dr Raja Shamri bin Raja Husin – Pengasas, The Third Force
Wakil kelab juga berpeluang bertemu dengan Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Johor iaitu En Mohamad Ali bin Taib. Beliau memaklumkan akan membantu untuk melibatkan kelab di dalam mana-mana program anjuran JPW di masa akan datang.
Gambar-gambar kenangan wakil dari KSPSIJB di RaSuk Johor 2017.
Gambar makan tengahari bersama-sama wakil KSPSIJB.
Gambar bersama Dr. Rozailin binti Hj. Abd Rahman, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia.
Gambar bersama Saudara Asyraff Rahman – Pengasas Humanity Heroes dan Pengurus Program Asia Tenggara, Al-Khair Foundation