Bantuan CSR

Home Visit ke Baitussolehah

Written by Kelab Susu Ibu

 

Ilmu mengenai breastfeeding amat penting buat semua ibu khususnya yang bergelar ibu pertama kali. Kami di kelab ini meraikan sesiapa sahaja golongan yang memerlukan bantuan penyusuan susu ibu. Tidak terkecuali bagi golongan remaja yang mempunyai anak di luar pernikahan apalagi mereka juga merupakan ibu buat pertama kalinya yang masih kekok serba serbinya.

Rutin melakukan home visit kepada pelatih-pelatih di Baitussolehah bermula sejak tahun 2014 lagi di mana PC yang mempunyai kelapangan hanya melawat secara on off. Namun begitu, masalah demi masalah baru muncul setara peningkatan jumlah pelatih yang masuk ke Baitussolehah ini menyebabkan kelab kami mengambil keputusan untuk menetapkan jadual berkala melakukan home visit ke Baitussolehah.

Kelab kami juga mendapatkan bantuan volunteer daripada BCNP di mana ia tidak terhad kepada Melayu Islam sahaja malah memberi peluang kepada rakan PC yang bukan Melayu yang lain turut sama dalam aktiviti kebajikan ini. Mereka sangat helpful walaupun ada sesetengahnya yang tidak fasih berbahasa Melayu namun itu bukanlah kekangan.

Sejak tahun 2016 sehingga kini 2017, kami telah menetapkan jadual home visit selang 2 minggu sekali mengikut kelapangan masa dan diri PC & LC yang sudah ditetapkan.

Kami memeriksa keadaan ibu dan bayi newborn (jika ada sebarang masalah penyusuan) dalam masa yang sama memberi panduan untuk persediaan melahirkan bayi dan apakah yang perlu dilakukan selepas bayi dilahirkan bagi ibu yang sedang menunggu hari.

Kami juga membuka peluang ini kepada ahli kelab berdaftar untuk turut serta dalam aktiviti kebajikan ini jika ada masa terluang. Sila lihat takwim bagi mendapatkan tarikh-tarikh home visit akan datang.

Maklumat lanjut, boleh hubungi tim CSR Puan Zulhaya Marzuki di talian 013-765 2551

Leave a Comment