Ibu Musykil Inspirasi Tips & Info

Cara jimatkan ruang untuk simpan susu (EBM)

Written by Kelab Susu Ibu

Kebanyakan mommies yang rajin mengepam pasti menghadapi masalah freezer yang penuh dengan EBM hingga tak muat-muat nak simpan susu dari hari ke hari bukan? Di sini kami kongsikan susu EBM yang boleh disimpan dengan meleperkan storage bag susu supaya ruang penyimpanan dapat dimaksimakan sebaiknya. Jadi, bolehlah mommies mengepam dengan meriahnya dan pasti boleh muat freezer selepas ini!

Berikut langkah-langkahnya :
1. Susu ibu yang telah diperah dituangkan ke dalam storage bag.

  • Gunakan storage bag 12 oz untuk menyimpan 4 oz susu di dalam storage bag tersebut
  • Gunakan storage bag 7 oz untuk menyimpan 3 oz susu di dalam storage bag tersebut
  • Gunakan storage bag 5 oz untuk menyimpan 2 oz susu di dalam storage bag tersebut

 

2. Lekapkan plastik storage bag tersebut hingga semua angin dapat dikeluarkan. Storage bag akan mudah melekap disebabkan ada saki baki susu di tepi plastik tersebut.

 

 

 

 

 

 

 

3. Terus double zip lock storage bag.

 

 

 

 

 

 

 

4. Baringkan susu untuk pastikan angin dari storage bag tersebut betul-betul sudah dikeluarkan sepenuhnya. Perhatikan, jika angin telah keluar, bahagian bawah storage bag tidak akan kembung.

 

 

 

 

 

5. Susun susu dalam keadaan baring di dalam freezer untuk mendapatkan frozen EBM yang leper. Jika susu banyak, doublekan susunan susu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

6. Kini, frozen EBM anda bolehlah disusun di dalam freezer mengikut kesukaan anda. Jimat ruang dan susu pun nampak cantik & tersusun. Sekian perkongsian daripada saya. Selamat mencuba!

 

 

  • Perkongsian ini telah ditulis oleh Puan Salwani bt Sukri di facebook group KSPSIJB. Beliau telah menerima cenderahati khas daripada kelab sebagai penghargaan di atas perkongsian yang hebat ini.
  • Anda ada perkongsian tips yang menarik? Hantarkan ke kelabsusuibujohor@gmail.com atau boleh post sahaja di facebook group https://www.facebook.com/groups/kspsijb/

Leave a Comment