Neonatal Jaundice
Hari ni saya nak share tentang isu neonatal jaundice. Saya kerap jumpa kes di mana ibu-ibu yang dapat nasihat daripada pelbagai personel : doktor/ staff nurse sama ada government atau private untuk menambah susu FM & berhentikan susu ibu.
Salah seorang daripada ibu tersebut telah hentikan penyusuan susu ibu sebab tidak percaya bahawa susu ibu boleh menurunkan kuning anaknya pada usia anak hanya 2 minggu.
Bayi hadir ke klinik pada usia 6 minggu kerana cirit birit dan banyak berkahak. Ibu tersebut terkejut bila saya beritahu anaknya tidak pandai latching dengan betul disebabkan oleh lidah pendek – “tongue tie“. Saya beritahu ibu tersebut bahawa bayi yg ada masalah tongue-tie ini terutama type 1, selalunya tak boleh melekap dengan baik, maka bayi tidak menghisap dengan efektif dan tidak dapat cukup susu terutama susu yang berlemak tinggi. Jadi, bacaan bilirubinnya tidak turun. Bayi juga kerap mengamuk atau kecewa bila menyusu dan kerap terlepas daripada puting ibu.
And that’s it…end of breastfeeding journey…
Ibu-ibu perlu fahami bahawa bayi jaundice perlukan kalori yang mencukupi daripada susu & kalori daripada susu mainly from FAT dalam susu ibu.
Sekiranya bayi yang menyusu tidak melekap dengan betul, pastilah baby tak dapat susu & FAT yang secukupnya. Jika FAT tak cukup, ini mengurangkan proses “mobilization of bilirubin” daripada hempedu ke dalam usus.
Nota : Bilirubin yg diproses di hati akan disimpan sebagai bile salt dlm hempedu. Bila ada FAT dalam makanan, or susu, bile salts ini akan dirembeskan oleh hempedu ke dalam usus duodenum untuk proses pencernaan lemak (FAT). Bila banyak FAT intake dan pencernaan berlaku, proses metabolisme bilirubin akan menjadi lancar daripada darah –> liver –> hempedu –> usus. Najisnya menjadi kuning bukan? Itulah bilirubin yg mewarnakan najis.
Jadi, kepada ibu bapa sekalian, fight for your baby’s right. Dapatkan bantuan kaunselor untuk check latching technique baby kalian sama ada betul atau tidak / tak efektif.
To doctors, please support breastfeeding and refer this mother to lactation consultant or counselor.
Wallahualam.
Maaf kalau ada sesiapa termakan cili. Ramai pengamal perubatan sama ada yang modern or alternative medicine yang masih tidak faham kepentingan & bagaimana breastfeeding boleh membantu mengurangkan jaundice baby.
Wassalam.