❤ Tangisan dalam senyuman ❤
Syukur alhamdulillah tahun pertama Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru (KSPSIJB) melalui Biro CSR menganjurkan program kebajikan dan kesukarelawanan ini telah mendapat sambutan di luar dugaan.
Sasaran asal kami adalah 10 keluarga ibu tunggal yang mempunyai anak OKU dan anak yang masih bersekolah serta yatim piatu di sekitar Skudai sahaja. Namun begitu, sumbangan yang diterima berlebih lebihan sehingga menyebabkan senarai penerima ini diperpanjangkan menjadi kepada 25 penerima yang terdiri daripada keluarga miskin, warga emas yang sakit terlantar & sebatang kara, rumah perlindungan serta muallaf.
Setiap satu famili telah mendapat :
Pakej A ~ 15kg beras dan bagi yang mempunyai anak ramai kami menambah 1 beg lagi menjadi 25kg beras.
Pakej B ~ Set keperluan dapur iaitu minyak masak 5kg, 2 paket garam, gula, kicap, tepung gandum, 1 guni bawang merah, sardin, bihun, susu, teh boh, 2 paket ketupat segera.
Pakej C ~ Telekung, tasbih
Pakej D ~ Hamper kurma dan tunai
Kumpulan pengagihan dipecahkan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan A menyampaikan sumbangan kepada 13 famili dan rumah perlindungan remaja Baitussolehah. Manakala kumpulan B pula menyampaikan sumbangan kepada 6 famili di sekitar kangkar pulai.
Pengagihan sumbangan ini telah dibuat pada 20 Mei 2017 (Sabtu) pada jam 3 petang dan telah berakhir pada jam 6.15 petang.
Sungguh, setiap kali sumbangan ini disampaikan kepada penerima, hati kecil ini tersentuh apabila kami melihat ada airmata jernih yang deras mengalir di sebalik senyuman yang terukir.
Sungguh, jiwa kami lebih terharu apabila melihat sendiri ibu ibu yang gigih ini membesarkan anak anak seorang diri tanpa pendapatan yang tetap apalagi membesarkan anak anak OKU sendirian.
Niat kami agar rezki ini dapat dikongsikan seadanya dengan mereka yang lebih memerlukan supaya dapatlah memberi kegembiraan buat mereka bersama anak anak menyambut Ramadhan tahun ini dengan lebih tenang.
Niat kami juga agar usaha kecil ini menjadi asbab turunnya hidayah buat saudara muallaf kita yang baru mengenal Islam serta hidayah dan ketenangan ini turut sama dirasai oleh lebih ramai lagi yang bakal memeluk agama Islam insha Allah.
Ucapan terima kasih dan doa yang diungkapkan bertalu talu agar semua yang memberi sumbangan dan bantuan ini dimurahkan rezki dan hidup lebih diberkati. Tiada perkataan yang dapat menggambarkan riak wajah mereka pabila menerimanya.
Berikut senarai nama penerima Ramadhan Care 2017 :
1. Rozinah Awang – Ibu tunggal anak 5 bersekolah
2. Nurul Atikah Maslan – 6 beradik yatim piatu hanya kakak bekerja
3. Norizah Ahmad – Ibu tunggal dengan seorang anak OKU
4. Normah Taib – Ibu tunggal sakit
5. Norizah md. Zain – Ibu tunggal anak 3 bersekolah
6. Zurita Othman – Ibu tunggal dengan 2 anak kembar Autisme & ADHD
7. Normah Sadak – Ibu tunggal dengan seorang anak OKU
8. Ros Abbas – Ibu tunggal anak 5 bersekolah
9. Kartini – penjaga warga emas yang terlantar
10. Ibrahim Abdullah – muallaf yang berhijrah sehelai sepinggang
11. Umar Abdullah – muallaf tidak bekerja
12. Sariah – Ibu tunggal anak 4 bersekolah
13. Mak Na – warga emas sebatang kara
14. Rumah perlindungan wanita Baitussolehah
15. Jaemah – ibu tunggal 5 anak
16. Siti suhailah – ibu tunggal 3 anak
17. Salina – ibu tunggal 4 anak
18. Kamsiah-ibu tunggal ada anak oku
19. Ruszita – ibu anak 5 (kes bapa rogol anak)
20. Aisyah- anak yatim
Untuk makluman, 5 keluarga selebihnya akan menerima sumbangan pakej aidilfitri khusus buat anak anak yatim dan miskin pada 17 jun nanti sempena Majlis Iftar Amal KSPSIJB kelak insha Allah. Jika anda ingin memberikan sumbangan buat mereka pada bulan Ramadhan nanti juga kami alu alukan tambahan sumbangan sekadarnya. Sila hubungi Puan Zulhaya Marzuki di talian 013-765 2551.
Jutaan terima kasih Dan penghargaan tidak terhingga kami buat semua pembayar fidyah melalui kelab ini, yang bermurah hati memberi sumbangan yang tidak putus putus walaupun tarikh akhir sudahpun ditutup (kami sedaya upaya terus menyalurkan sumbangan kepada yang hak), juga kepada semua sponsorship bagi barang keperluan dapur, telekung, tasbih, tudung serta semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung menjayakan pengagihan Ramadhan Care 2017 ini.
Semoga Allah membalas jasa baik kalian dengan sebaik baik ganjaran. Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak. Moga Ramadhan tahun ini lebih baik dari sebelumnya dan dapat memberi makna yang mendalam buat kita semua insha Allah.
Ramadhan Kareem! 😀