Bantuan Ibu Susuan ANak Susuan Pilihan

Ibu Susuan Anak Susuan

[HEBAHAN MENCARI IBU SUSUAN]

Assalam.

Admin sedang mencari seorang ibu susuan untuk bayi perempuan berumur 10 bulan yang tinggal di Muar, Johor. Atau yang berhampiran dengannya.

Ibunya sudah berangkat menunaikan haji dan bekalan EBM beliau hanya cukup untuk 2 hari saja lagi. Mohon ibu yang sudi menjadi ibu susuan kepada bayi ini menghubungi admin (011-2899 0736) dalam kadar yang segera. Terima kasih.

 

 

****************************************************************************************

 

Assalam.

Saya sedang mencari ibu susuan untuk seorang baby girl berumur 7 bulan yang comel. Ibunya mengalami post partum depression & on medicine yang membuatkan dia tidak boleh menyusukan. So, ayahnya sedang mencarikan ibu susuan untuk anaknya. Kalau boleh, pasangan ini mahukan ibu yang belum mempunyai banyak anak susuan sebabnya dia tak ada banyak masa untuk berkenalan dengan keluarga anak-anak susuan yang lain. Isu mahram katanya takut dah besar nanti mereka tak tahu bahawa mereka berkongsi satu ibu susuan.

Bagi sesiapa yang berkemampuan dan terbuka hati mahu menyusukan bayi ini, sila hubungi / whats app admin di 011-2899 0736.

Terima kasih.

 

==================

UPDATE.

Admin telah menerima 6 calon ibu susuan yang bermurah hati untuk menjadi ibu susuan kepada bayi ini.  Pencarian ini sudahpun ditutup.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi memberi maklum balas dengan segera. Mohon 6 calon ibu susuan yang telah menghubungi admin sebelum ini  agar dapat menghubungi admin semula melalui Whats App berikutan data telefon admin yang sudah hilang baru-baru ini. Terima kasih. 

 

*Bagi yang ingin mendapatkan bantuan mencari ibu susuan atau anak susuan, boleh juga menghubungi nombor yang tertera di atas.

Leave a Comment

*