Inspirasi Tips & Info

Cabaran Mengepam Sewaktu Bekerja

Written by Kelab Susu Ibu

Dr Hairin Anisa Tajuddin (IBCLC dan Pakar Paedtrik)

Saya nak share experience saya sewaktu kerja MO yang penuh cabaran dalam melaksanakan penyusuan susu ibu untuk anak di rumah di samping tugas saya sebagai seorang doktor.

Dalam masa 30-32 jam bertugas, saya perlu pandai ‘curi’ masa untuk mengepam. Saya perlu sentiasa positifkan diri dengan kekangan masa dan kerja yang saya perlu lalui.

Ke mana-mana saya pergi, sama ada wad atau wad ICU, saya akan tetap cari dan curi kesempatan untuk mengepam sambil buat kerja. Contoh kalau tengah buat report patients nak discharge, saya akan kumpul semua report, buat serentak, sambil saya mengepam di meja kaunter yang agak tersorok sedikit. Kawan-kawan dan staf hospital tahu saya sedang mengepam di sebalik tudung labuh yang saya pakai.

Untungnya saya pakai tudung labuh, jadi tak ramai orang kisah nak curi-curi tengok.

Saya akan bawa breastpump dan ice pack ke mana sahaja saya pergi.

Time on call, saya adalah the only one doctor yang berani melanggar kebiasaan. Saya akan bawa anak saya yang masih baby on call sekali. Sebab bilik on call mmg ada. Kadang-kadang suami teman jaga baby overnight, bila ada helper (bibik), dia pulak yg teman anak-anak.

Jadi, tiada alasan sebenarnya kita tak boleh nak mengepam kerana kekangan kerja atau masa mengepam tidak ada. Memang kita kena buat kerja sambil mengepam. Bila malam, untuk cukupkan stok susu saya akan buat pumping serentak dengan menyusukan baby.

Saya juga pump masa drive. Masa tu pakai bateri pump.

Kalau saya rasa blocked ducts atau dah ada breast lump yg keras, saya akan cari waktu untuk ke surau or masa kat rumah dengan baby untuk massage before pump or menyusu. Banyak kali juga saya kena blocked ducts. Seksa sangat!

Waktu makan pula saya akan makan sambil mengepam. Kadang-kadang saya ambil fail apa sahaja yang saya perlu buat kerja, dan sambil buat kerja saya akan pump dan makan. Buat 3 perkara dalam satu masa.

Saya memang bawa makanan yang senang nak makan. Macam sandwich & spaghetti untuk lunch. Waktu breakfast saya akan makan berat sebab saya tahu nanti waktu kerja mesti tak sempat nak makan betul-betul kerana pumping dah jadi priority.

Cabaran ibu berkerjaya ni macam-macam. Setiap orang melalui cabaran yang berbeza.

Jadi saya bukan nak suruh orang lain ikut cara saya sebab jadual kerja kita berbeza. Cuma sebagai seorang yang berniat utk BF exclusively, memang kena kreatif & cari jalan penyelesaian agar hak penyusuan anak dapat dilaksankan.

Suatu yang penting tentang anak-anak yang mendapat susu ibu, mereka jarang sakit.

Jadi head unit saya tak pening kerana saya tak perlu mengambil emergency leave dan mereka pun tak perlu susah nak rearrange jadual kerja untuk saya.

Nasihat saya untuk ibu-ibu bekerja di luar sana, jangan takut pada mereka yang tak menyokong, tapi tetap tunjukkan kualiti kerja yg tip top. Kerja kena buat dgn tangkas. Jadi, walaupun kita mengepam sambil bekerja, tapi kita tetap tunjukkan kualiti kerja yang bagus.

Leave a Comment