? “Tolong saya carikan ibu susuan untuk baby saya Puan. Stok EBM yang tinggal cukup untuk 2 hari saja lagi. Tolong saya Puan.”
Luahan seorang ibu yang sedang dalam proses mengerjakan haji baru-baru ini.
.
? Adakah sukar mencari ibu susuan atau menjadi ibu susuan kepada seseorang?
? Apakah yang perlu diberi perhatian bagi ibu susuan dan keluarganya sebelum mengambil anak susuan?
? Apakah keperluan menjadi ibu susuan di zaman kini?
? Apakah yang perlu saya lakukan jika saya mempunyai bekalan EBM yang melimpah ruah?
.
Sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia, Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru (KSPSIJB) akan mengadakan Support Group Meeting (SGM) buat kali kedua bagi tahun ini untuk berkongsi informasi dan merungkai isu-isu berkaitan ibu susuan-anak susuan daripada panel undangan yang professional dan berpengalaman luas.
Dalam masa yang sama kita beramah mesra dan melanjutkan lingkungan dan berkenalan dengan bakal ibu susuan dan berkongsi pengalaman bersama ibu ibu susuan yang lain.
??? Tarikh: 19 Ogos 2017 (Sabtu)
??? Masa: 2 petang hingga 5 petang
??? Tempat: Mutiara Seri Homestay.
??? Alamat: No. 1, Jalan Utama 20, Mutiara Rini, Skudai.
??? Bersama Panel Penceramah:
1. Dr. Hairin Anisa Tajuddin : IBCLC / Paedtrician consultant
2. Dr. Zilal Saari : Penyusuan anak angkat menurut perspektif fiqh & sains
??? Tema : Potluck
Masuk adalah percuma.
Bawalah bersama seisi keluarga. Kami menyediakan aktiviti untuk kanak-kanak sementara ibu & ayah mendengar pengisian daripada penceramah.
? Peserta akan membawa pulang goody bag khas tajaan Cozy Lady. Terhad. First come first served.
? Pelbagai hadiah cabutan bertuah menanti penerima bertuah.
Kami juga mengalu-alukan tajaan daripada mana-mana pihak bagi program ini.
Mohon sahkan kehadiran anda dengan memberi nama melalui Whats App :
Puan Noraini (012-3750382)
Mari bersama-sama kita memeriahkan majlis ini dan menimba ilmu buat masa hadapan.
SEMUA DIJEMPUT HADIR..!
Pemenang bagi Pertandingan Kongsi Cerita #mybreastfeedingjourney akan menerima hadiah istimewa daripada penaja pada majlis ini.