Aktiviti KSPSIJB

Pengisian Program “The Art of Science Of Breastfeeding and Parenting Little One”

_DSC9648

 

Nama Program : The Art of Science Of Breastfeeding and Parenting Little One

Anjuran : Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu JB & Breastfeeding Counselors Networking Program

Tarikh : 28 April 2018

Penceramah : Dr Hairin Anisa Binti Tajuddin

Fisiotherapy : Passionate Home Physiotherapy Services

Topik perbincangan:

Why Breastfeeding is the Best?
How to achieve successful Breastfeeding?
Expected challenge in Breastfeeding journey
Mommy exercise?
Welcoming & understanding your baby ( behavior & infant massage)

_DSC9618_DSC9619_DSC9623_DSC9632_DSC9634_DSC9640_DSC9641_DSC9642_DSC9643_DSC9644_DSC9645

Program berjalan dengan lancar sepanjang kursus berjalan. Dari segi pengisian pula, memang tidak dapat dinafikan lagi ilmu dan pengetahuan yang luas dalam bidang penyusuan Dr Hairin Anisa telah memberikan input dan nilai yang lebih berkaitan isi kandungan kursus. Para peserta berpuas hati dengan kandungan model kursus.

Penyampaian Dr Hairin Anisa tentang kepentingan utama penyusuan susu ibu diharap dapat membantu ibu-ibu ini memilih untuk menyusukan sebaik kelahiran si anak. Selain itu ditekan kan juga bagaimana ibu-ibu dapat memastikan memberikan penyusuan secara yang efektif. Penyusuan yang efektif juga penting supaya matlamat penyusuan susu ibu 2 tahun tercapai. Topik yang ke 3 pula ada topik yang menerangkan cabaran dalam melaksanakan penyusuan susu ibu. Ini juga penting kerana setiap ibu akan hadapi pelbagai cabaran dalam pemilihan untuk menyusukan anak dengan susu ibu. Orang sekeliling ibu tadi perlu memainkan peranan terutama si suami.

Para peserta juga di ajar secara ringkas senaman saat menghadapi kelahiran. Kelahiran alami (normal) adalah paling disyorkan kerana ianya juga memberi kesan sekiranya ibu memilih untuk menyusukan anak.

Tajuk yang terakhir adalah tajuk berkaitan bagaimana mahu mengendalikan anak dan ibu dengan dunia baru mereka setelah kelahiran dan setelah ibu bersalin.

Penutup
Secara keseluruhan para peserta berpuas hati dengan modul kursus, pengendalian kursus, the fasiliti(bilik dan ruang solat yg disediakan) dan makanan yang dihidangkan kepada peserta.

Terima kasih kepada semua AJK yang terlibat dalam menjayakan kursus ini (Nazira Nad, Noraini Noni Othman, Ainul Basirah Sani, Nurul Asyikin Ngadiso, Farhana Garni, intan shafinaz, Hernee Nazir,Jeni Jamlus)

Terima kasih tidak terhingga jua kepada para suami yang terlibat yang sanggup bersusah payah menemankan isteri sambil menjaga anak-anak.

Sekian dari saya.

Zulhaya Binti Ahmad Marzuki
PIC BPLO

Leave a Comment