Aktiviti KSPSIJB

ANEKDOT PERJUANGAN PENYUSUAN SUSU IBU

Indahnya saat menyusukan si manja. Menatap wajah mugil dan comel membuatkan si ibu sering terbuai dengan asyiknya mendakap dan membelainya.

Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap Iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu. (Surah al-Baqarah, 2:233)

Namun, tidak semua ibu-ibu melalui saat indah proses penyusuan si manja. Ada diantara kita yang menghadapi pelbagai cabaran dalam melunaskan amanah penyusuan ini. Masalah kesihatan ibu, penyusuan anak pra-matang, cabaran ibu bekerjaya yang tidak mendapat sokongan majikan atau lain-lain kisah penyusuan anda yang mungkin sangat terkesan dan pasti memberi inspirasi kepada ibu-ibu lain di luar sana untuk mejayakannya.

Pernah terfikir akan berkongsi perjuangan menyusukan si comel anda dalam bentuk penulisan buku? Mana tahu, ada ibu lain di luar sana yang sedang mencari kekuatan, berjuang menyusukan si manja.

Ayuh sertai kami. Kongsikan pengalaman penyusuan anda.

“Ikatlah ilmu dengan tulisan.” (HR. Thobrani dan Hakim)

 

ANEKDOT PERJUANGAN PENYUSUAN SUSU IBU

👶Tema: Kisah Penyusuan Susu Ibu
💻Penyelenggara: KSPSIJB
💡Konsep : Kisah Inspirasi dan Motivasi
📋Format : 5 halaman A5, jarak 1.5 baris, dan fon Times New Roman saiz 11.

Setelah siap, sila hantar karya anda ke kelabsusuibujohor@gmail.com, selewat- lewatnya 15 Ogos 2019 untuk penilaian.

📇Sertakan 1 halaman biodata ringkas (tiga baris dengan fon Arial saiz 12) dan gambar bersama Si Manja

📚3O karya yang memenuhi kriteria tema, bahasa dan konsep anekdot akan dipilih sebagai kandungan buku sempena BULAN PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA pada bulan Ogos 2019 nanti.

📚Karya yang terpilih sahaja yang akan diterbitkan.

PENYERTAAN ADALAH PERCUMA

Leave a Comment

*