Aktiviti KSPSIJB

PROGRAM MAMA FRIENDLY | 4 OGOS 2019 | Anjuran : Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim

Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu JB dijemput di bawah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Negeri Johor untuk bersama-sama membuka booth dan menyertai program pada hari ini. Program telah dirasmikan oleh YB Liow Cai Tung, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Negeri Johor.

Antara yang menarik adalah perancangan penyediaan Bilik Penyusuan di AOEN mall Bandar Dato’ Onn oleh kerajaan negeri Johor. Di samping itu, diadakan majlis menandatangi memorandum persefahaman penyediaan Bilik Penyusuan oleh kerajaan negeri Johor yang melibatkan 24 buah sekolah di parlimen terpilih sekitar Johor Bahru. Insyaallah ia akan diperluaskan lagi di sekolah-sekolah yang lain. Tahniah warga pendidik Johor!

Turut diadakan program The Big Latch iaitu penyusuan bayi beramai-ramai yang melibatkan 20 ibu-ibu sekitar jam 12.30 tengahari. Program ini juga telah mendapat liputan media daripada Astro Awani dan telah disiarkan pada 17 Ogos 2019 jam 8.15pm melalui slot Komuniti Awani. Slot berita program MAMA FRIENDLY bermula dari minit 4.22 ke minit 7.01. Selamat menonton ??.

Leave a Comment