Aktiviti KSPSIJB

Sambutan Minggu Penyusuan Sedunia 2019 | 18 Ogos 2019 | Anjuran : KPJ Pasir Gudang Specialist Hospital

Menyantuni jemputan pihak penganjur kepada Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu JB sempena sambutan #minggupenyusuansedunia.

Antara yang menarik adalah slot “Art Therapy In Breastfeeding.” Slot dikendalikan oleh Puan Nad Masrom. Peserta diminta melukis 3 jenis lukisan terapi iaitu EMOSI, FREE DRAWING dan MANDALA. Setiap pemilihan bentuk, warna dan segala-galanya mempunyai maksud emosi tersendiri buat diri peserta.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar kenangan bersama penceramah, semua peserta dan kakitangan hospital. Acara kemuncak, memotong kek walnut butterscotch seberat 10kg yang sangat lazat. Alhamdulillah, terima kasih buat pihak penganjur yang sudi menjemput kami memeriahkan majlis sambutan ini.

Leave a Comment