Aktiviti KSPSIJB Bantuan CSR

Lawatan Berkala ke Rumah Perlindungan Baitus Solehah | Jumaat, 6 September 2019

Kunjungan berkala ini bertujuan berkongsi ilmu dan kemahiran penyusuan susu ibu bersama pelatih. Ada pelatih yang sukar menyusukan bayinya kerana fisiologi puting payudaranya yang tenggelam. Ada juga yang susu sudah kering pada bulan ke-2 selepas melahirkan. Tetapi mereka ini nekad mahu menyusukan bayi mereka sendiri dan menolak susu formula.

Benar, itulah naluri seorang ibu. Walau mereka tidak bersuami, mereka diberikan naluri seorang ibu yang sentiasa mahu beri yang terbaik buat si anak. Kami memberikan beberapa panduan dan cadangan yang dapat membantu menyelesaikan masalah penyusuan mereka. Kejayaan sebenar bergantung kepada fokus dan komitmen berterusan daripada mereka. Besar harapan kami moga Allah permudahkan dan beri kejayaan pada ibu-ibu ini.

Terima kasih buat Ummi Mak Liza selaku tuan rumah di atas layanan yang sentiasa terbaik buat kami setiap kali berkunjung ke sini.

 

 

 

 

 

Leave a Comment