Aktiviti KSPSIJB

“Dairy For Daily – Healthy Food Preparation Demo For Breastfeeding Mothers” – 14 Disember 2019 | Sabtu | 9.00am – 12.00pm

14 Disember 2019 | Sabtu | 9.00am – 12.00pm

“Dairy For Daily – Healthy Food Preparation Demo For Breastfeeding Mothers”

Anjuran : Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu JB dengan kerjasama Farm Fresh Milk Malaysia dan Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Syukur Alhamdulillah, program yang telah dirancang dengan persiapan yang begitu teliti ini telah berjaya dilaksanakan walaupun dalam keadaan cuaca yang hujan di awal pagi sehingga ke hujung program.

Program kami ini diserikan lagi dengan kehadiran Cik Noor Azizah binti Awang@Shafiea, Pegawai Kanan Farm Fresh Milk Malaysia Sdn Bhd yang turun padang jauh dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru. Beliau tiba seawal pagi bermula pendaftaran sehinggalah program ini berakhir. Terima kasih Cik Azizah kerana memberi sokongan padu kepada kami sepanjang program ini dan terima kasih khususnya kepada Farm Fresh Milk Malaysia Sdn Bhd di atas budi ehsan menjadi penaja utama program kami ini. Semoga kita dapat bekerjasama lagi di masa yang akan datang. Insyaallah.

Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua peserta yang terdiri daripada ibu-ibu yang menyusukan anak, sungguh bersemangat hadir bersama ahli keluarga dan anak-anak walau dalam keadaan kehujanan untuk memeriahkan program ini.

Akhirnya, sekalung tahniah dan penghargaan tanpa sempadan kepada seluruh barisan Ahli Jawatankuasa @kelabsusuibujohor yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk menjayakan program ini. Semangat kerjasama dan kerja secara berpasukan yang baik menjadi asas utama kejayaan kita buat kali ini. Semoga semangat ini terus dikekal dan dimantapkan lagi untuk program-program seterusnya. Syabas semua!

#farmfreshmilkmalaysia #freshmilk #inibarulahsususegar
#kelabsusuibujohor #breastfeeding #breastfeedingisbestfeeding #empowerparentsenablebreastfeeding #peercounselor #peercounselordiary

         

Leave a Comment