Aktiviti KSPSIJB

Konsert GegarVaganza Picnic In The Farm anjuran Farm Fresh Milk Malaysia | 28 DISEMBER 2019

28 DISEMBER 2019 | Konsert GegarVaganza Picnic In The Farm anjuran Farm Fresh Milk Malaysia |

Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu JB telah menerima jemputan dari pihak penganjur untuk menghadiri konsert ini. Alhamdulillah, AJK kami, Pn Jenidawaty binti Jamlus sekeluarga berpeluang mewakili kelab untuk menyantuni jemputan dari Farm Fresh ini.

Dapat bertemu empat mata dengan Boss Susu, Tuan Azmi Zainal dan menyampaikan penghargaan kelab kami di atas kesudian beliau menaja program kelab kami pada 14 Disember yang lepas. Bertemu juga Pegawai Kanan Farm Fresh a.k.a PA kepada Tuan Azmi Zainal iaitu Cik Azizah. Beliau begitu sporting turun JB dari KL sanggup berhujan berkuyup untuk support program kelab kami. Semoga selepas ini, banyak lagi program kelab kami yang memperkasakan penyusuan susu ibu mendapat perhatian dan sokongan dari pihak Farm Fresh.

Lokasi Ladang 16, UPM Serdang ini merupakan ladang terbaru milik Farm Fresh akan membuka peluang orang ramai untuk merasai pengalaman berada di ladang untuk mempelajari berkaitan Agro. Edutourism di UPM X Farm Fresh yang bakal dibuka pada bulan Februari 2020.

Siaran rakaman konsert Picnic In The Farm di Astro, boleh saksikan di sini :

https://youtu.be/wN-dFgmUEiE

#IniBarulahSusuSegar
#FarmFreshMilkMalaysia
#PicnicInTheFarm
#GegarVaganza
#BigStage
#kelabsusuibujohor
#breastfeeding
#breastfeedingisbestfeeding

   

Leave a Comment