Aktiviti KSPSIJB CSR

Lawatan CSR ke Rumah Perlindungan Wanita Baitus Solehah | 1 Februari 2020

1 Februari 2020 | Lawatan CSR Kaunseling Penyusuan Susu Ibu Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu JB ke Rumah Perlindungan Wanita Baitus Solehah

Kebiasaannya untuk memberi kaunseling ilmu penyusuan susu ibu yang lebih efektif, kami akan pecahkan pelatih-pelatih ini kepada beberapa kumpulan yang lebih kecil. Setiap kumpulan akan dikendalikan oleh seorang Kaunselor Penyusuan. Makanya, sesi berkenalan “ice breaking” dimulakan terlebih dahulu supaya komunikasi dua hala antara pelatih dan kaunselor dapat dibentuk.

Untuk pelatih-pelatih yang sedang hamil, antara ilmu yang dikongsikan adalah pengenalan mengenai susu awal (kolostrum), pemeriksaan fisiologi payu dara dan ilmu asas penyusuan sejurus kelahiran. Cukup sekadar ini memandangkan mereka masih di fasa kehamilan yang mana penjagaan kesihatan dan diet semasa hamil lebih menjadi keutamaan mereka.

Bagi pelatih yang telah melahirkan, kami akan menyantuni setiap masalah penyusuan yang mereka hadapi. Masalah bengkak payudara, masalah lekapan mulut bayi semasa menyusu, teknik menyusu yang betul dan beberapa panduan bagaimana untuk meningkatkan penghasilan susu ibu yang efektif dan produktif. Ada pelatih yang mengadu susu tiada, bayi menangis seolah kelaparan susu tidak cukup. Setelah mendalami masalah mereka, faktor utama penghasilan susu yang tidak efektif adalah, ibu-ibu ini dalam keadaan STRESS. Masakan tidak, melahirkan tanpa suami, tanpa rela, di bawah umur, jauh dari keluarga, trauma kisah silam, trauma bersalin dan 1001 masalah berlegar di kepala.

Apabila ibu STRESS, ini memang mengganggu proses penghasilan susu ibu. Antara nasihat kami buat pelatih ini adalah nasihat-nasihat yang baik, minta ibu pandang ke hadapan, slowly move forward dari kenangan-kenangan pahit di belakang, cuba positifkan minda, selalu gembira dan mohon pada Allah agar permudahkan urusan penyusuan bayi mereka yang tidak bersalah ini. Pada kami, milkbooster yang terbaik adalah – be HAPPY. Buat/fikir/makan/minum apa sahaja yang boleh menggembirakan hati ibu dan stress free.

Semoga Allah terus pelihara dan jagakan ummi Mak Liza, wanita berjiwa kental pengasas rumah perlindungan ini. Moga Allah permudahkan urusan penyusuan susu ibu pelatih-pelatih di sini. Moga Allah terus kuatkan hati kami, diberi kelapangan masa dan rezeki untuk terus memberi khidmat bakti sebagai Kaunselor Penyusuan kepada pelatih-pelatih di sini.

#kelabsusuibujohor
#breastfeeding
#breastfeedingisbestfeeding
#peercounselordiary

Leave a Comment