Aktiviti KSPSIJB

PROMOSI KEMPEN KESEDARAN KANSER PAYUDARA | 19 Oktober 2019 | Anjuran : Jeiwapowerhouse, Hospital Columbia Asia Iskandar Puteri dan Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu JB.

PROMOSI KEMPEN KESEDARAN KANSER PAYUDARA | 19 Oktober 2019 | Anjuran : Jeiwapowerhouse, Hospital Columbia Asia Iskandar Puteri dan Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu JB.

Alhamdulillah, program melibatkan kerjasama 3 pihak ini berjaya dilaksanakan pada Sabtu yang lepas. Terima kasih Kaunselor Laktasi Pn Nad Masrom untuk sesi “Breastfeeding Talk” dan Pengerusi Dr Nornazira binti Suhairom untuk sesi “Nutrition Talk”. Mereka berdua mewakili kelab kami untuk program ini.

Awal sebelum itu, Dr Ding Eng Li, General Manager Hospital Columbia Asia Iskandar Puteri memberikan perkongsian menarik mengenai “Breast Cancer Awareness.”

Terdapat juga kaunter pemeriksaan kesihatan percuma dan of course saya tidak melepaskan peluang to get myself checked.

Terima kasih semua AJK dan ahli kelab yang terlibat dan berkesempatan menjayakan program ini : Farhana Ahmad Abdul Garni, Norhafizah Abd Rahim, Zulhaya Ahmad Marzuki, Nurul Asyikin Ngadiso dan Salwa Abdul Kohar .

Moga bertemu lagi di lain program akan datang. Insyaallah.

#pinkoctober
#breastcancerawareness
#breastfeeding #breastfeedingisbestfeeding #empowerparentsenablebreastfeeding #peercounselor #peercounselordiary

      

Leave a Comment

*