Aktiviti KSPSIJB

Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Johor 2020 | Anjuran : JPW JOHOR | 8 MAC 2020

8 MAC 2020 | Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Johor 2020 | Anjuran : JPW JOHOR

Beberapa orang AJK Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu JB menyantuni jemputan daripada Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Johor.

Antara yang menarik, Forum “Seimbang Untuk Sejahtera” yang menampilkan Tn Hj Aminuddin daripada IKRAM Johor selaku Moderator. Panel terdiri daripada Dr Sakinah Sulong (Pakar Perubatan Keluarga), Prof Dr Durrishah Idrus (Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar UTM Skudai) dan Ustaz Mohd Hanuar bin Mohd Taib (Pakar Motivasi Vision Meps Consultant).

Sedikit point-point penting yang dikongsikan sepanjang forum adalah seperti berikut :

?Dr. Sakinah binti Sulong?
1. 4 aspek kesihatan menurut World Health Organization (WHO) – Fizikal, Mental, Rohani dan Sosial. Kesemua ini perlu seimbang kesihatannya.
2. 30% daripada rakyat Malaysia tidak terjaga mentalnya disebabkan oleh tekanan (stress).
3. Sedikit stress sebenarnya diperlukan sebagai motivasi/pendorong.
4. Jangan letakkan kayu ukur orang lain pada diri sendiri untuk mengelakkan stress.
5. Wanita mesti sayangi diri sendiri dengan menjaga kesihatan.
6. Sehebat manapun seorang wanita itu, mereka masih memerlukan insan di sekeliling untuk menyokongnya.

?Prof. Dr. Durrishah binti Idrus?
1. Personaliti yang berbeza bagi setiap pasangan adalah perlu seimbang untuk saling lengkap melengkapi.
2. Perlu didik hati agar sentiasa ikhlas.
3. Kita hendaklah mengenali diri kita sendiri. Apa kelebihan dan kekurangan kita.
4. Perlu sentiasa positif. Lakukan satu perkara pada satu-satu masa dan seterusnya.
5. Dalam keadaan yang diuji dan diduga, fikirkan tentang diri sendiri dahulu. Barulah fikirkan tentang orang lain.
6. Time always heal a bitter moment of your life.

?Ustaz Mohd Hanuar bin Mohd Taib?
1. Rumahku Syurgaku – keadaan di dalam rumah yang mana adanya suami, isteri dan anak-anak yang menyejukkan mata.
2. Gender Intelligence – kemahiran memahami pasangan berlainan jantina.
3. Kerjasama antara suami dan isteri dapat mengurangkan stress di dalam rumahtangga.
4. Sentiasa berserah pada Allah untuk rumahtangga yang sakinah dan mawaddah.

Program ini telah dirasmikan oleh Datin Dr Hajah Noor Azizah binti Abdul Latif, Pengerusi PUSPANITA cawangan Negeri Johor.

#sambutanhariwanita2020
#internationalwomensday2020
#seimbanguntuksejahtera
#balance4better
#hentikankeganasanterhadapwanita
#stopviolenceagainstwomen
#kelabsusuibujohor

 

Leave a Comment