Uncategorized

Posisi Penyusuan

Written by Kelab Susu Ibu

Ramai mengadu sakit belakang, tengkuk, bahu dan tangan semasa menyusukan bayi. Kesakitan ini salah satunya disebabkan oleh postur salah semasa menyusu. Stres atau tekanan juga boleh menyebabkan sakit belakang kerana ketegangan bertambah. Apabila bayi semakin besar dan berat, kesakitan akan lebih dirasai.

Perlakuan bongkok semasa kita meriba bayi akan menyebabkan ketegangan di tulang belakang. Bongkok sambil bersandar juga tidak akan mengurangkan risiko kesakitan. Perit apabila merasakan kesakitan sehingga bahagian belakang badan. Tangan yang mengampu bayi terlalu lama juga akan sakit sehingga ke bahu.

Cubalah tidak membongkok semasa meriba dan menyusu bayi.

Gunakan bantal untuk menyokong berat badan bayi semasa menyusu.

Tinggikan bayi separas payudara apabila menyusui sambil duduk.

Jika mula merasakan kesakitan di belakang ketika menyusu, tukar posisi. Posisi baring mengiring sangat sesuai kerana bayi disokong oleh tempat kita membaringkan bayi bersama-sama kita. Letakkan bantal di belakang kita dan juga di belakang bayi untuk memberi lebih keselesaan.

Cari keselesaan sebelum menyusui kerana kita akan mengambil banyak masa terutama pada awal kelahiran bayi.Komik Dr Super Pot Pet ini ada menceritakan tentang posisi-posisi ketika menyusukan bayi.

Pilihlah posisi yang benar-benar selesa.

Selesa untuk Puan A tidak semestinya selesa untuk ibu-ibu lain.

Dapatkan komik ini dari www.wasap.my/60135933994/potpetkelab

Leave a Comment

*