Tips & Info

“Marmet” – Pemerahan susu menggunakan tangan

Hisapan dari bayi merupakan cara paling efektif untuk keluarkan susu daripada payudara. Semasa menyusu, bayi akan menggunakan otot pipi dan lidah untuk menekan aerola serta menyedut susu.

Selepas hisapan bayi, marmet ialah teknik kedua yang efektif kemudian barulah mesin pam susu. Penting sebenarnya untuk semua ibu belajar dan cuba praktik teknik perahan tangan atau marmet ini.

Teknik marmet yang betul akan menjadi penyelamat jika ibu tertinggal mesin pam susu (atau bahagian pam) di rumah dan perlu perah susu di pejabat tanpa mesin pam.

Ibu-ibu yang menyusukan bayi secara terus dari payudara juga boleh belajar cara untuk marmet. Jadi, ibu tidak perlu beli mesin pam susu kerana mungkin hanya sekali sekala bayi tidak menyusu secara terus. Jika ada keadaan kecemasan yang memerlukan ibu perah susu, ibu boleh marmet sahaja.

Bagaimana melakukan marmet dengan betul?

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2804944936401150&id=1467824256779898

Leave a Comment