Walaupun marmet (perahan menggunakan tangan) lebih efisen untuk mengeluarkan susu, namun ramai ibu memilih pam. Tangan benas untuk buat kerja lain dan dapat mengeluarkan susu tanpa perlu bersembunyi.
Bagaimana mahu menggunakan pam?
1. Bertenang.
Pertama — sebelum ibu mula memerah, tarik nafas sehingga selesa. Kerja memerah akan jadi lebih mudah dan susu akan meriah jika ibu bertenang. Ibu mungkin tertekan kerana perlu memerah.
Ibu boleh duduk di hadapan benda yang menenangkan (seperti melihat matahari) atau lihat gambar anak yang comel. Jika perlu, cari tempat tersembunyi yang tiada gangguan. Ibu perlu sediakan semua benda di hadapan supaya tidak perlu bangun atau bergerak ketika pam sudah dihidupkan.Ibu boleh tuam panas payudara untuk menggalakkan susu keluar. Ibu juga boleh mengurut payudara dahulu untuk menggalakkan susu keluar.
Ada sesetengah ibu lebih gemar memerah susu di hadapan anak. Susu lebih cepat meriah kata mereka. Jadi, kalau anak berjauhan, boleh cuba tatap gambarnya. Ada juga yang tampal gambar anak di mesin perahan.
2. Ketika ingin menggunakan pam.
Ibu perlu pilih saiz breast shield (bahagian pam yang menyedut) yang sesuai. Ukur dulu sebelum beli. Tidak sama saiz untuk setiap ibu. Pastikan breast shield itu rapat dengan puting tetapi puting ada cukup ruang untuk bergerak.
Kunci kejayaan memerah susu badan adalah ibu perlu bijak merangsang reflek let-down . Ketidakselesaan dan kesakitan akan menggagalkan susu untuk keluar.
Guna dua pam dalam masa yang sama (double pumping). Ini akan menjimatkan masa dan dapat memberi rangsangan kepada kedua-dua belah payudara. Jika ibu mengepam satu payudara dalam satu-satu masa, tukar kepada payudara sebelah lain pula setelah 15 minit. Mulakan pam dengan memilih fungsi rangsangan (stimulate) dan selepas 3-5 minit teruskan dengan fungsi memerah (pumping). Selepas 5 minit, tukar kepada fungsi rangsangan semula. Ini tips untuk tiru cara hidapan bayi.
Paling penting, baca manual pam sebelum guna. Ada sebab manual diberi dan dicatat setiap langkah pemasangan pam dengan teliti.
Jangan pula ada yang kata susu tiada kerana hanya beberapa titisan susu keluar ketika memerah guna pam sedangkan pemasangan pamnya salah.