Tips & Info

Istilah Dalam Penyusuan – “Tandem Nursing”

Antara cara agar susu ibu meriah ialah dengan kaedah Tandem Pumping. Tandem Pumping bermaksud ibu menyusukan secara terus bayi di sebelah payudara dan memerah susu di bahagian payudara sebelah lagi.

Kaedah ini akan menjadikan ibu lebih cepat mengalami let down kerana hisapan bayi secara automatik akan merangsang penghasilan susu di kedua-dua belah payudara. Masalah puting tersumbat akan turut dapat diatasi apabila mengamalkan kaedah ini.

Ibu juga dapat mengelak pembaziran susu yang turut keluar di sebelah payudara laian apabila bayi menyusu di sebelah payudara. Kaedah ini dapat merangsang konsep permintaan dan penawaran kepada penghasilan susu ibu. Oleh itu, ibu dapat mengumpul stok susu perahan (ebm).

Jika tidak biasa atau kali pertama, Tandem Pumping ini agak sukar untuk dilaksanakan kerana terpaksa urus dua payudara serentak serta urus bayi dan pam. Kami ada tips menarik dan mudah untuk laksanakan Tandem Pumping ini.

1. Ibu perlu duduk dan bersandar dalam keadaan selesa.

2. Kaki dilunjur ke depan.

3. Letak bantal untuk sokong berat bayi.

4. Jika ibu memilih untuk bayi menyusu di sebelah kanan, pegang pam di sebelah tangan kiri ibu dan begitu sebaliknya.

5. Sambil ibu menyusukan bayi dan memerah, tenung wajah bayi (grooming). Cara ini secara tidak langsung akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu. Hormon cinta (oxsitosin) akan merembes dengan banyak.

6. Tenang dan berfikiran positif
Bayi 6 bulan ke atas sudah pandai menarik tubing pam. Ibu kena lebih kreatif untuk tarik perhatiannya. Biasanya bayi besar tidak perlu diampu lagi. Sebelah tangan ibu memerah, sebelah lagi mainlah dengan bayi. Lebih mudah jika ibu guna pam handsfree. Namun, perlu diketahui bahawa lekapan corong hansfree tidak sebaik corong pam biasa. Marmetlah sesudah itu atau minta bayi hisap sesudah memerah kerana payudara itu perlu benar-benar dikosongkan jika menggunakan corong handsfree.

Leave a Comment