3 jenis puting di payudara
Selain lihat fizikal puting di payudara kita, kita boleh tekan puting dalam masa 2 minit. Jika puting kita kembali kepada bentuk asal maknanya kita mempunyai puting normal. Jika puting kita masuk ke dalam , puting kita jenis tenggelam (inverted). Jika puting flat, puting dan aerola nampak sekata.
Bolehkah menyusukan bayi jika puting leper atau tenggelam?
Ibu perlu yakin semua bentuk dan keadaan puting (sama ada leper atau tenggelam) bayi masih boleh menyusu dengan efektif. Ibu-ibu perlu:
1. Ada ilmu
2. Yakin boleh menyusukan bayi
3. Fahami bahawa semasa penyusuan, mulut bayi perlu merangkum areola bukannya menghisap puting semata-mata.
4. Latih bayi melekap dengan betul seawal kali pertama bayi mula menyusu (1 jam pertama selepas kelahiran).
5. Berlatih dengan kerap sepanjang masa rooming-in (ibu bersama bayi di hospital) dan sepanjang masa tanpa jemu dan putus asa.
6. Posisi dan pelekapan yang betul semasa penyusuan.
7. Menyusu bayi sebelum payudara menjadi bengkak. Pembengkakan payudara akan merumitkan keadaan kerana puting akan menjadi lebih leper/tenggelam. (Puting normal pun sukar menyusukan bayi apabila payudara sudah bengkak).
8. Ibu boleh juga memerah susu sebelum menyusu bayi untuk menonjolkan sedikit puting supaya mudah bayi melekap dengan berkesan.
Antara peralatan yang boleh digunakan agar puting keluar sedikit ialah:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3545638908793088&id=100000410421074
Walau apa keadaan puting (normal, leper atau tenggelam), bayi masih berhak mendapat susu ibu (makanan terbaik) daripada ibunya.
