BERKONGSI REZEKI, MEMBERI DAN DIHARGAI
Bersediakah kita menyambut Ramadan tahun ini?
Ramadan datang lagi dan pastinya kita sebagai umat Islam menantinya dengan pelbagai harapan. Ketika kita berbuka dan bersahur dengan makanan dan minuman yang enak, masih ada lagi yang berlapar atau makanannya hanya cukup syarat, berharap ihsan yang lain membantunya.
Hayati Ramadan anda kali ini, dengan menginsafi kehidupan mereka yang tidak berpeluang seperti kita. Santuni dan kongsi rezeki anda bersama mereka dengan rahmah & nilai kemanusiaan sejagat.
Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru ingin mengajak anda semua untuk menyumbang kepada Tabung Ramadan Care. Hasil sumbangan akan diberikan kepada asnaf, miskin, ibu tunggal, muallaf dan mereka yang memerlukan bantuan keperluan asas di kawasan Johor dan sekitarnya.
Sumbangan boleh dibuat kepada :
Maybank
551137507754
Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor
rujukan : Ramadan Care.
Jika berminat memberi barangan, hubungi kami di talian :
http://www.wasap.my/60135933994/kotakrezeki (Pn Farhana)
Sumbanglah sekarang seberapa sahaja yang anda mampu. Jika anda tidak dapat membantu dalam wang ringgit, anda boleh bantu dengan berkongsi maklumat ini. Semoga ramai yang dapat membantu dan sama-sama turut serta dalam kempen ini.
Jika ada yang ingin membuat pembayaran fidyah, mohon nyatakan dalam rujukan 2 fidyah untuk perhatian ajk dari tim kami.
Semoga Allah memberikan ganjaran pahala berlipat kali ganda atas niat dan sumbangan saudara/ saudari sekalian.
Ibadah kita kegembiraan mereka
