Tips & Info

Istilah Dalam Penyusuan – “Expressed Breast Milk (EBM)”

Bagaimana mahu kendalikan EBM?

1. Pastikan tangan dan peralatan yang digunakan bersih.

2. Sedia tempat simpan dan bekas untuk simpan
Setelah diperah, susu perlu disejukkan agar nutrien tidak hilang dan susu tidak rosak. Peti sejuk satu pintu, peti sejuk dua pintu, peti beku, bekas kebat haba semuanya mempunyai daya tahan berbeza. Ibu boleh memilih plastik khas untuk susu, botol simpanan atau bekas khas.

2. Perlu tahu ketahanan ebm
-Susu baru diperah tahan selama 4 jam dalam suhu bilik.
-Susu yang disimpan di bahagian chiller (bahagian bawah) tahan 3-6 hari.
– Susu yang ingin dibekukan boleh diletak di bahagian chiller dalam masa setengah jam(biarkan sejuk) kemudian dipindahkan ke bahagian sejuk beku.

Ketahanan susu yang dibekukan

1) Peti sejuk 1 pintu – 2 minggu
2) Peti sejuk 2 Pintu – 3 bulan
3) Deep freezer – 6 bulan

3. Catat tarikh perahan
Gunakan pelekat putih dan catat tarikh perahan untuk setiap bekas. Ini memudahkan kita cam ‘tarikh luput’ setiap stok susu tersebut.

4. Cairkan susu perlahan-lahan
Untuk cairkan susu beku, letakkan terlebih dahulu susu di bahagian chiller (bawah) supaya susu cair perlahan-lahan. Jika mahu lagi cepat, boleh letakkan susu beku di bawah aliran air paip atau rendam dalam bekas berisi air paip.

-Elakkan dari mencairkan susu dalam suhu bilik (contohnya letak susu atas meja di dapur atau di sinki).

5. Jangan campur susu sesuka hati

Susu yang hendak dicampur, seelok-eloknya diperah pada hari yang sama sahaja dan pastikan suhu kedua-dua suhu berada dalam keadaan sejuk.

Olympiaeur | Fitness- und Wellnesscenter – CorriOlimpiaEur proviron Bikini-Fitness Teen Tube

Contoh ; Perah waktu pagi dapat 2 oz (simpan dalam peti ais)
Perah waktu tengah hari dapat lagi 2 oz. (Simpan dalam peti ais)
Campur apabila kedua-dua sudah sejuk dan berada dalam suhu yang sama

====> Jangan campurkan susu yang sejuk dengan susu yang baru diperah/ pam, ia akan merosakkan struktur
susu.

6. Cara panaskan susu atau cairkan susu.

Panaskan dalam pemanas dengan suhu 40c selama 10 hingga 15 minit atau rendam di dalam bekas berisi air suam (bukan air panas mendidih).

Bobo Fitness Hutp Games Online – giocogiochi.it equipoise for sale fitness gym/aquagym instructor course

Jika menggunakan air mendidih, perlu pastikan nisbah 1 cawan air panas ditambah dengan 2 cawan air paip.

====> Jangan panaskan susu dengan air yang mendidih sepenuhnya kerana tindakan ini boleh menghilangkan nutrisi susu ibu dan merosakkan struktur susu tersebut.

Leave a Comment