Risau bayi tidak cukup susu ketika ibu puasa di bulan Ramadan?
Kita boleh nilai sama ada bayi cukup susu atau tidak dari:
- Kurang membuang air berbanding sebelum ini (bayi baru lahir sepatutnya buang air kecil beberapa kali sehari)
- Air kencing yang pekat atau kekerapan tukar lampin yang kurang kerana tidak penuh.
- Berat badan tidak bertambah.
- Ubun-ubun melekuk ke dalam.
- Kulit kelihatan kering dan lidah mempunyai kesan putih.
- Bayi kurang aktif.
Rukhsah Puasa
Menurut Imam Syafie, rukhsah puasa yakni kelonggaran untuk berbuka puasa kepada ibu menyusu (sama seperti ibu hamil) ada dua sebab:-
- Risau tentang keselamatan dirinya
- Risau tentang keselamatan anaknya.
Tips untuk ibu berpuasa dan menyusukan bayi pada bulan Ramadan
- Minum air secukupnya
- Ambil makanan seimbang (berkarbohidrat dan berprotein).
- Elak makanan segera dan makanan tinggi garam.
- Berbuka dengan makanan manis yang natural bukan diproses.
- Melewat-lewatkan waktu sahur
6.Perah susu secara konsisten dan berjadual. - Kekal positif dan setkan minda yang anda mampu serta susu tidak kurang produksi
Memerah susu ketika bulan Ramadan
KONSISTEN JADUAL PAM SEPERTI BIASA ya ibu.
Walaupun berpuasa, ibu perlu memerah susu seperti sebelumnya. Patuhi jadual walaupun berpuasa. Kilang susu kita boleh menghasilkan susu seperti sebelum ini. Berpuasa tidak akan menjejaskan kualiti susu ibu itu sendiri. Namun syaratnya sepanjang bulan puasa, ibu perlu kekalkan permintaan dan mengosogkan payudara setiap 3 jam sekali.
Ibu digalakkan minum air suam/panas ketika bersahur ya.
Ibu boleh perah susu pada lewat malam iaitu ketika atau sebelum bersahur. Ketika perah susu (untuk bekalan susu segar kepada pengasuh), ibu boleh minum air panas/suam. Air ini akan membantu melancarkan peredaran darah dan sekaligus melancarkan pengeluaran susu ibu.
Setelah waktu berbuka iaitu sepanjang malam, ibu boleh menyusukan bayi secara terus dari payudara seperti biasa dan juga tandem pumping jika ada kesempatan dan kemampuan.
Kuatkan semangat dengan ikhtiar ya.
Ibu menyusukan bayi yang puasa tidak akan mendatangkan sebarang risiko bahaya kepada bayi.
Ini kerana badan ibu masih boleh menghasilkan susu sekalipun berpuasa. Pengambilan kalori yang kurang biasanya tidak akan menjejaskan jumlah penghasilan susu.
Sistem badan secara automatik akan membuat penyesuaian dan mengubah cara penggunaan kalori yang ada serta membebaskan tenaga dengan lebih baik sebagai tindak balas kepada kurangnya makanan dan air.