Tips & Info

Tips Penyusuan di Bulan Ramadan – Bahagian 2

Sunat pada bulan Ramadan : Melambatkan sahur dan segera berbuka

“Bersahurlah kalian, karana pada sahur itu ada keberkatan.” (HR. Bukhari)

“Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka.” (HR Bukhari dan Muslim)


Perkara Makruh Ketika Berpuasa

  1. Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung secara berlebihan ketika mengambil wuduk
  2. Menyambung puasa seperti tidak berbuka selama dua hari berturut-turut
  3. Makruh berus gigi selepas gelincir matahari

BERSEDEKAH / MEMBERI MAKAN ORANG BERBUKA

Nabi Muhammad adalah seorang insan yang paling pemurah terutamanya pada bulan Ramadan. Dalam salah satu hadis ada disebut tentang keutamaan memberi makan untuk orang berbuka.

“Barang siapa yang memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu” (HR Nasa’i dan Tirmidzi)

Banyakkan Minum Air Di Bulan Ramadan

Ketika bulan Ramadan, ibu menyusu wajib pastikan pengambilan air secukupnya dari tempoh berbuka puasa sehingga waktu sahur. Biasanya masalah kebanyakan ibu menyusu adalah keletihan disebabkan dehidrasi.

Jadi, minumlah air secukupnya bukannya sebanyak-banyaknya.

Cadangan kami, minumlah air :

-1 gelas ketika bangun sahur
-1 gelas selepas sahur
-1 gelas semasa berbuka puasa
-1 gelas selepas makan
-1 gelas selepas solat Maghrib
-1 gelas selepas solat Isyak
-1 gelas selepas solat Terawih
-1 gelas sebelum tidur

Leave a Comment