Sekitar Februari yang lepas, kami telah melancarkan kutipan #bantuBS dan #tabungBS. Kutipan dilancarkan bertujuan untuk membantu Baitus Solehah yang terjejas secara keseluruhan kerana hampir kesemua penghuninya +ve Covid19, termasuk kakitangan pengurusan.
Penghantaran makanan dibuat oleh pihak kelab sehingga sekitar bulan Mac.
Baki sumbangan akan diteruskan untuk bulan Ramadhan pula.
Dikesempatan ini kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang budiman. Hasil sumbangan kalian kami manfaatkan sebaik-baiknya.
Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak katering, restoran dan orang perseorangan yang membantu kami mejayakan program ini. Antaranya :
Ateh Corner
No. 105, Jalan Pendidikan 5, Taman Universiti,81300 Johor Bahru
(berdekatan dengan Nike Factory Store)
Malizah Kitchen & Catering
A-104, Medan Niaga,
Jalan Bakti,
Mutiara Rini,
81300 Skudai, Johor
Nasi Bungkus Abe Daud
Gerai di hadapan Maslee Taman Teratai.
Rasa Mewah Cartering
29 Jalan Impian Emas 6
Taman Impian Emas
81300 JOHOR BAHRU
Adam Fruits
No 14 Jalan Pulai Ria 9
Bandar Baru Kangkar Pulai
81110 Johor Bahru.
Nasi Ayam Madu
Gerai dihadapan Restoran Petra Fried Chicken Pulai Ria
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kesayangan ramai, Saad!
Anak jagaan Ummi Mak Liza di Baitus Solehah. Selalu sahaja anak ini membantu menyantuni pengunjung. Kalau ummi tiada pun Saad seakan sudah tahu tugasnya adalah untuk menyantuni tetamu yang datang.
Saad ucapkan terima kasih kepada semua penyumbang budiman.