Tips & Info

Bekas Simpanan Susu Perahan

Nak simpan susu dalam apa?

Bekas yang baik untuk kita simpan susu ibu ialah bekas yang dibuat dari kaca atau plastik yang kedap udara seperti botol susu yang dapat ditutup dengan ketat atau beg plastik khas untuk susu ibu.

Bersihkan botol atau bekas susu dengan air dan sabun. Kemudian, bilas dengan air mendidih atau sterilkan dalam mesin steriliser sebelum masukkan susu seperti biasa. Plastik khas tidak perlu distril, hanya guna sekali sahaja.

Jika botol tidak digunakan sejurus selepas dibasuh, biarkan ia kering secara semula jadi. Pastikan beli botol bebas BPA kerana botol jenis ini selamat dan tahan suhu panas.

Leave a Comment