Apabila menjelang Ramadan, pasti ibu-ibu mula risau atau terfikir “Boleh ke aku teruskan penyusuan dan berpuasa dalam masa yang sama?”.
Kami pasti ramai ibu-ibu yang risau susu mereka akan berkurangan atau kurang khasiat ketika kerana berpuasa ataupun ibu risau tidak bermaya ketika berpuasa sedangkan masih ada anak-anak lain yang perlu diuruskan. Haaa yang mana satukah kerisauan ibu-ibu semua ?
Jangan khuatir ibu-ibu! Jom kami kongsikan sedikit tips susu meriah dan kekal bertenaga pada bulan Ramadan.
1. Minum air secukupnya Pengambilan air yang cukup amatlah penting kerana ia membantu melancarkan proses penghadaman dan pencernaan makanan .Sebaik-baiknya minumlah 8 gelas sehari . Bagaimanakah mahu cukupkan 8 gelas sedangkan berpuasa?
Bawah ini cadangan pengambilan air kosong :
1 gelas selepas bagun sahur
1 gelas selepas sahur
1 gelas selepas azan magrib
1 gelas semasa berbuka
1 gelas selepas solat magrib
1 gelas selepas solat isyak
1 gelas selepas terawih
1 gelas sebelum tidur.
2. Pemakanan yang baik (tinggi protien dan karbohidrat). Pengambilan makanan yang tinggi protein dan karbohidrat semasa sahur dan berbuka boleh menghidarkan kurang susu ketika berpuasa. Contoh karbohidrat yang boleh ibu-ibu ambil ialah bijirin penuh, oat , kacang , sayuran hijau dan pasta .Contoh protein yang paling mudah ialah telur.
3. Snek sihat.
Pada bulan Ramadan, pastinya bazar yang paling ditunggu-tunggu oleh kita semua. Terliur melihat aneka kuih muih di bazar. Tapi, tunggu dulu ibu-ibu! Jangan beli sampai lupa hari esok masih ada. Apa kata tukar kuih-muih tersebut dengan snek sihat seperti buah-buahan, kurma, kismis atau kekacang. Bukanlah tidak boleh makan pelbagai jenis makanan, tapi lebih baik kurangkan makanan manis. Selain itu, tindakan ini juga mampu mengawal berat badan ibu-ibu.
4. Lewatkan waktu bersahur.
Sebaik-baiknya ibu-ibu lewatkan waktu sahur supaya kurang berasa lapar. Jika ibu-ibu mempunyai anak kecil, sediakan juadah bersahur pada malam hari untuk memudahkan proses ibu-ibu bersahur. Manakala ibu-ibu yang memerah susu boleh perah susu selepas sahur kerana waktu ini susu terhasil lebih optimum.
5. Elakan makanan Segera dan masin.
Tahukah ibu-ibu makan makanan masin atau segera boleh mengakibatkan ibu-ibu mudah dahaga dan lapar kerana makanan segera dan masin biasanya tinggi sodium. Jika ibu-ibu dapat elakkan makanan ini, ibu-ibu mampu kawal dari ternyahidrasi.
6. Perah dengan konsisten.
Jika ibu-ibu hanya jaga makan sahaja tetapi tidak perah dengan konsisten, susu ibu-ibu juga boleh berkurangan. Jadi, ibu-ibu perlu pam setiap 2-3 jam jika bayi tiada bersama-sama. Jika ada bersama-sama ibu, susukan mengikut kehendak bayi.
7. “Mindset”
Setkan minda kita supaya positif dan yakin mampu menyusu serta berpuasa. Insyaallah ibu-ibu boleh berjaya.Suami juga boleh membantu isteri. Dengan adanya sokongan suami , isteri pasti akan terus positif.
Akhir sekali , jika ibu masih risau diri sendiri atau bayi terjejas dari sudut kesihatan, dapatkan pandangan doktor. Jika tidak sihat, lebih baik tidak memaksa diri. Untuk golongan ibu-ibu menyusu dan hamil ada kelonggaran(ruksah) yang boleh diambil. Buatlah yang mampu.