Kebimbangan kita apabila Ramadan tiba
Antara kebimbangan yang sering diadukan oleh ibu menyusu apabila tiba bulan Ramadan
ialah:
– Lapar
– Haus
– Rasa nak pitam
– Letih lesu
– Pening kepala
– Produksi susu menurun
– Badan terketar-ketar
Suatu kajian daripada Ozsoy et al. (2014), tentang amalan penyusuan di bulan Ramadan bagi ibu yang menyusu secara ekslusif, bayi yang berusia kurang 6 bulan, telah menunjukkan keputusan hampir 91% ibu-ibu amat bimbang mengenai pengeluaran susu mereka ketika berpuasa.
Antara faktor yang dikenal pasti signifikan untuk mempengaruhi produksi susu ibu di bulan Ramadan ialah
(1) umur bayi;
(2) ibu yang pertama kali menyusu; dan
(3) kepercayaan dan keyakinan diri bahawa ibu mampu menyusui ketika berpuasa.
WHO/UNICEF ada melaporkan bahawa seorang ibu dengan kekurangan zat makanan yang sederhana (medium malnutrition) masih dapat menghasilkan susu ibu yang normal dan
berkualiti. Seorang ibu dengan kekurangan zat makanan yang teruk (severe malnutrition) hanya dapat menghasilkan susu ibu yang mencukupi, jika bayinya kerap menghisap, walaupun didapati susu ibu itu mengandungi kurang lemak dan vitamin.
Walaupun terdapat perbezaan kepekatan lebih rendah dalam beberapa vitamin dan mineral
(terutamanya kalsium) di dalam susu ibu yang berpuasa berbanding ibu yang tidak berpuasa,
kajian mendapati ini tidaklah mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan bayi secara
ketara.
Kegusaran ini adalah suatu perkara biasa, lebih-lebih lagi kepada ibu yang baru pertama kali berpuasa sambil menyusu. Namun begitu, dengan amalan pemakanan yang betul,
pengambilan cecair yang cukup serta persiapan awal dapat membantu ibu melalui fasa ini dengan baik.
Walau bagaimanapun, Allahlah sebaik perancang dan Maha Mengetahui. Jika ibu masih tak mampu juga, janganlah sedih. Ambil lah rukhsah puasa yang Allah telah sediakan untuk ibu menyusu. Terdapat dalil umum dalam isu ini daripada hadis Anas bin Malik RA :
إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَضَعَ عَنِ الْمُسَافِرِ شَطْرَ الصَّلَاةِ، وَعَنِ الْمُسَافِرِ وَالْحَامِلِ وَالْمُرْضِعِ الصَّوْمَ، أَوِ الصِّيَامَ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah meringankan daripada orang yang musafir dengan separuh solat dan meringankan daripada puasa bagi perempuan hamil dan menyusukan anaknya.”
Riwayat al-Tirmidzi, al-Nasaie dan Ibn Majah
Jadi, di sini ada sedikit tips dan 10 topik mengenai amalan pemakanan untuk ibu berpuasa yang menyusu:
1. Jaga Hidrasi Tubuh
2. Kurangkan Makanan Berminyak
3. Makan Buah-Buahan dan Sayuran Yang Tinggi Kandungan Air
4. Jangan Tinggal Sahur
6. Elakkan Berpanas-Panasan
7. Jaga Jadual Perahan
