Ya, betul!
Pada bulan Ramadan, kita berpuasa selama hampir 11-21 jam (mengikut kedudukan geografi setiap negara). Ketiadaan air dan makanan sepanjang berpuasa sedikit sebanyak memberi perubahan kepada beberapa metabolik badan termasuklah kesan baik terhadap kesihatan kardiovaskular dan kesan baik seperti menjalani intermittent fasting model yang telah dipopularkan oleh Martin Berkhan dalam Leangains.com.
Namun, antara perubahan yang biasa dilaporkan dalam kalangan ibu menyusu ketika
Ramadan ialah peningkatan kerengsaan (irritability), sakit kepala (incidences of
headaches), kekurangan tidur (sleep deprivation) dan kerap keletihan (lassitude prevalent). Selain itu juga, berita baik lain ialah penurunan kecil dalam jisim badan (BMI), walaupun penurunannya tidaklah besar dan universal.
Leiper & Molla (2003) di dalam artikelnya bertajuk “Effects on health of fluid restriction during fasting in Ramadan” menunjukkan episod dehidrasi pada siang hari di bulan Ramadan tetap akan berlaku terutamanya kepada ibu yang menyusu secara eksklusif. Namun begitu, dehidrasi ini tidaklah teruk dan berlarutan. Dan juga tidaklah akan meninggalkan kesan buruk terhadap
kesihatan dan keseimbangan air ke tahap negatif.
Jadi persoalannya di sini,
Berapa gelas ibu perlu minum?
Bila nak minum?
dan
Air apa ibu boleh nak minum?
Ibu menyusu disarankan untuk menambah kuantiti pengambilan air (termasuklah kandungan air di dalam minuman dan makanan) dalam purata +700mL daripada jumlah yang disarankan untuk wanita dewasa (2000mL).
Ibu dibolehkan untuk minum semua jenis minuman seperti air jus buah, air yogurt, air berais dan air suam. Untuk makanan pula ibu boleh memilih makanan yang berkuah, buah yang tinggi kandungan air seperti tembikai dan pelbagai jenis sup.
Ketika berpuasa, ibu disarankan untuk mengambil air sedikit-sedikit tapi kerap.
Elakkan air berperisa yang tinggi gula dan juga elakkan minum dalam kuantiti yang banyak pada sesuatu masa.
Di bawah adalah cadangan pengambilan air sepanjang berpuasa. Boleh dijadikan rujukan
dan diadaptasi mengikut keadaan dan situasi. (1 gelas=250mL) ~ 11-12gelas sehari.
1 gelas : Berbuka puasa
1 gelas : Selepas makan
1 gelas : Sebelum solat maghrib
1 gelas : Sebelum solat tarawih
1 gelas : Di antara solat terawih (1-3 kali)
1 gelas : Semasa berehat-rehat
1 gelas : Sebelum tidur
1 gelas : Setiap kali selepas menyusu di malam hari.(simpan botol air sebelah katil)
1 gelas: Selepas bangun daripada tidur untuk siapkan sahur. Sebelum makan sahur
1 gelas : Semasa makan sahur
1 gelas : Sebelum habis sahur
