Uncategorized

PEMOHONAN IBU SUSUAN ATAU ANAK SUSUAN

Kebelakangan ini ramai yang bertanya jika ibu tidak mampu memberi susunya kepada anaknya, adakah cara lain untuk bayi ini terus dapat susu ibu.

Bayi -bayi ini masih boleh mendapat susu ibu dari ibu susuan.

Adakah keluarga anak susuan perlu membayar susu yang diterima? Jawapannya ialah sunah beri upah seperti mana Siti Aminah beri upah kepada Halimatus Saadiah yang menyusukan Nabi Muhammad namun pemberian upah bukanlah satu kewajipan.

Semua bayi layak mempunyai ibu susuan. Tidak perlu dinafikan hak bayi untuk mendapat susu ibu walaupun datang dari apa keturunan atau darjat.

Biasanya ibu susuan mencari anak susuan disebabkan mempunyai lebihan stok susu kerana kematian bayi, bayinya tidak mahu minum ebm (susu perahan), atau oversupply (pengeluaran susu yang melebihi kehendak bayinya). Keluarga anak susuan mencari ibu susuan kepada anak mereka pula biasanya disebabkan oleh ibu kandung meninggal, koma, makan ubat-ubatan yang tidak dibolehkan untuk menyusu, tidak cukup susu, hilang upaya, berjauhan dengan bayi ataupun ibu yang mengambil anak angkat .

Berikut ialah proses atau cara-cara membuat pemohanan ibu susuan atau anak susuan dengan Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru.

CARA-CARA MEMBUAT PEMOHONAN

1. Isi link pemohonan ibu/anak susuan di pautan :
http://Bit.ly/PemohonanIbuAnakSusuan
Hubungi admin www.wasap.my/60177789511

2. Tunggu admin respon

3. Setelah admin respon, pemohonan akan disebarkan dalam semua media sosial kelab. Maklumat pemohon akan dirahsiakan.

4. Jika ada pihak yang mahu memberi atau menerima susu, admin akan minta persetujuan dari kedua-dua pihak untuk bertukar-tukar nombor telefon .

5. Kedua-dua pihak perlu berbincang sendiri.
(Urusan penghantaran dan pengambilan susu)

6. Apabila sudah mencapai kesepakatan (sama ada setuju atau pun tidak), maklumkan admin untuk makluman dan rekod. Admin akan berhenti membuat hebahan.

7. Selesai

Jika ibu susuan berada di tempat yang jauh dari penerima, susu boleh dihantar menggunakan perkhidmatan bas. Pemohon boleh hubungi admin semula untuk belajar cara-cara menguruskan penghantaran.

Keluarga ibu susuan dan anak susuan kedua-duanya perlu menyimpan salinan kad pengenalan ibu dan anak. Ini perlu agar masing-masing mempunyai bukti mereka mempunyai hubungan mahram asbab penyusuan.

Keluarga dan ibu dan anak susuan perlu berusaha untuk sentiasa berhubung dengan baik dan berterusan.

Jika tidak memberi upah, digalakkan untuk penjaga anak susuan memberikan sedikit hadiah kepada ibu susuan, walaupuan hanya dengan ucapan terima kasih. Ini sebagai penghargaan kepada ibu susuan yang berusaha memberi anak jagaan kita susu yang terbaik.

Perlu diingat, kemampuan seorang ibu susuan ada batasnya , kadangkala susu merundum dengan tiba-tiba, dia sakit atau anaknya semakin membesar. Apabila anaknya semakin membesar, kemungkinan pengeluaran susunya menjadi sedikit kerana kurang rangsangan (anak telah makan, susu ibu bukan keutamaan lagi). Apabila keadaan itu berlaku, penjaga anak susuan tidak boleh memaksa iibu susuan memberikan susunya melebihi kemampuan dirinya. Penjaga anak susuan bolehlah membuat pemohonan baru jika perlu.

#susuibuuntukanak
#susuibu
#pencarianibususuananaksusuan

Leave a Comment