Selamat Hari Bapa kepada semua bapa yang hebat!
Belajarlah dari Luqman, seorang bapa yang diabadikan namanya dalam Al-Quran dalam memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada anak-anak untuk menelusuri liku-liku kehidupan.
Semoga dirimu jadi seorang suami yang hebat.
Apa yang seorang bapa dapat buat agar anak-anaknya dapat titisan berharga sehingga dua tahun?
- Sentiasa merasakan sokongan darimu amat penting
- Beri pujian dan galakkan kepada isteri
- Tidak mencadangkan susu formula ketika isteri menghadapi saat sukar namun berusaha cari jalan penyelesaian yang lain.
- Jadilah pendengar yang baik.
- Lakukan lebih banyak kerja rumah berbanding isteri yang perlu memenuhi keperluan penyusuan anak.
- Teman isterimu ketika dia menyusukan bayi
Tahniah kepada semua bapa yang menjadi tulang belakang, penyokong utama isteri dalam perjuangan penyusuan susu ibu.
