Ramai ibu yang mengalami bengkak susu sejurus selepas kelahiran. Ada yang bengkaknya datang berulang-ulang kali. Pelbagai cara sudah diusahakan tetapi masih sama hasilnya, tetap bengkak . Ibu-ibu jadi keliru apa sebab bengkak kerap berlaku?
Ada ibu mengalami trauma. Sesetengahnya payudara berdarah dan bernanah. Kesan daripada bengkak susu ini bukan sahaja sakit malahan boleh menyebakan kurang produksi susu .
Disebakan kes-kes seperti inilah ibu mengalah untuk teruskan menyusu .
Antara punca-punca yang ibu-ibu buat tanpa sedar atau tidak tahu langsung adalah seperti :
- Lambat menyusukan anak selepas kelahiran.
- Bayi keliru puting disebabkan diberi botol pada awal kelahiran.
- Pelekapan yang lemah.
- Puting tenggelam ( inverted nipple).
- Tangkai lidah bayi bermasalah ( tongue tie).
- Teknik urutan yang salah boleh menyebabkan salur susu tersumbat atau tercedera
kerana tekanan jari yang kuat. - Pemakaian baju dalam yang terlalu ketat.
- Pengambilan makanan tinggi lemak tepu.
- Menyusukan anak tidak mengikut kehendak anak.
- Ibu beri anak susu formula ( pemberian susu formula menyebabkan anak kenyang
lama). - Ibu yang tidak jaga jadual pemerahan (marmet/pam).
- Ibu yang hanya memerah tanpa menyusui anak dari payudara (epmom).
- Pemilihan saiz corong pam yang tidak sesuai.
- Pam mengunakan level yang terlalu kuat.
Selepas ini , ibu-ibu boleh semak semula yang mana satu punca yang menyebabkan payudara ibu-ibu selalu bengkak.
Masalah bengkak susu ini boleh diatasi jika ibu-ibu tahu caranya atau ibu-ibu boleh juga
hubungi kaunselor penyusuan yang bertauliah untuk bantu ibu-ibu menangani masalah
bengkak susu ini.
Nasihat kami, jika ibu-ibu mengalami bengkak hingga bernanah lebih baik terus ke
hospital untuk dapatkan rawatan segera jangan dipicit atau dibuang sendiri mengunakan benda
tajam seperti jarum peniti . Semoga ilmu yang disampaikan memberi manfaat kepada ibu-ibu .
