Tips & Info Uncategorized

AURAT, MARUAH dan MALU

Kesedaran tentang penyusuan susu ibu masih belum di peringkat yang boleh dibanggakan. Masih ramai yang gagal menyusui bayinya apabila berada di luar rumah mereka lantas susu formula menjadi pilihan.Tidak dapat dinafikan, terdapat ibu yang tanpa segan silu menyelak pakaiannya sehingga menampakkan payudaranya kepada orang lain dengan alasan bayinya lapar.

Parah apabila sifat malu hilang dalam diri. Kesannya, ramai akan merasakan hal penyusuan ini adalah sesuatu yang seksi dan lucah. Kita, ibu-ibu perlu jaga diri kita. Hal ini merangkumi aurat, maruah dan malu.

1. Aurat ekslusif

Penyusuan ibu melibatkan bahagian aurat wanita. Bahagian tersebut juga secara lumrah adalah antara bahagian yang sangat menarik perhatian dan berdosa sekiranya didedahkan dengan sengaja.

Jadi, adalah sangat wajar supaya para ibu yang beragama Islam berasa sangat sensitif dalam hal ini. Pakailah tudung yang lebih besar bidangnya agar dapat penutup aurat dengan sempurna ketika menyusukan bayi di luar rumah.

Ibu juga boleh sediakan selendang, ‘nursing cover’, ‘nursing shawl’ atau poncho jika merasakan tudung masih tidak dapat menutup aurat.

Pilih pakaian yang mempunyai bukaan hadapan. Paling selamat, pakaian yang khas untuk penyusuan. Pakaian begini mempunyai alas di bahagian dalam dan kita tidak perlu tutup selepas menyusukan bayi. Pakaian yang hanya mempunyai bukaan seperti zip dan butang namun bukan khas untuk penyusuan pula kurang selamat jika kita lupa untuk tarik zip atau butang semula selepas penyusuan.

2.Maruah

Menyusukan bayi di tempat awam tidak menjadi masalah jika masih menutup aurat. Berlatihlah di hadapan cermin dahulu sebelum benar-benar yakin aurat terpelihara ketika kita menyusukan bayi di luar rumah.

3. Rasa malu

Sebagai seorang wanita, kita memiliki sifat malu tanpa perlu diusahakan.

Namun, awas. Apabila penyusuan di tempat awam telah jadi kebiasaan, adakalanya malu itu kian terhakis dan ibu makin cuai dalam memelihara aurat.

Apabila ini terjadi, ahli keluarga dan rakan-rakan haruslah menegur agar ibu segera tersedar dan berusaha menjaga dirinya walaupun sedang mmberi bayinya titisan emas.

#susuibu

#maruahibumenyusu

#malumenyusu

Leave a Comment